Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Dah Lama Tak Jumpa, Dah Lah Besar 24cm” - Cacing Ditemui Dalam Sampel Najis Pesakit

CACING
Kredit: Threads/ rynamarina25
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Dah lama betul, berbelas-belas tahun dah tak jumpa. Dah lah besar 24cm.”

Itu perkongsian seorang pengguna Threads, rynamarina25, yang menarik perhatian selepas menemukan cacing berukuran kira-kira 24 sentimeter ketika bertugas di makmal diagnostik.

Menurutnya, cacing berkenaan dikenal pasti sebagai Ascaris lumbricoides dan ditemukan dalam sampel najis seorang pesakit warga asing.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak dapat mendedahkan keadaan pesakit berkenaan kerana terikat dengan kerahsiaan maklumat pesakit.

“Saya tak boleh reveal condition patient macam mana sebab saya kerja di lab, kena jaga confidentiality. Cuma boleh share patient tu foreigner.

“Cacing tu jumpa dekat mana? Dalam sampel najis pesakit,” jelasnya menerusi hantaran di Threads.

Perkongsian itu turut disertakan peringatan supaya orang ramai lebih menitikberatkan aspek kebersihan, khususnya mencuci tangan menggunakan sabun selepas melakukan aktiviti yang melibatkan tanah.

“Yang paling penting, jaga hygiene. Basuh tangan dengan sabun, especially lepas berkebun atau buat aktiviti yang melibatkan tanah.

“Telur cacing ni kita tak nampak dengan mata kasar,” jelasnya.

Kredit: Threads/ amey_as

“Haluu, Kat Lab Kami Pun Sama”

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat respons daripada pengguna lain yang berkongsi pengalaman sama.

“Haluu kat lab kami,” kongsi amey_as.

Seorang lagi pengguna, ainntshaa, pula mengaitkan penemuan itu dengan perkongsian mengenai kes kanak-kanak yang pernah ditemukan cacing.

“Teringat pulak kes yang Dr pernah jumpa ubat cacing dekat tekak budak enam tahun ni. Dah lah besar,” katanya.

Dalam komen lain, ainntshaa turut berkongsi peringatan berkaitan kebersihan, terutama bagi kanak-kanak yang kerap bermain pasir serta orang dewasa yang menguruskan najis kucing.

“Kanak-kanak yang selalu main pasir dan orang dewasa especially yang bela kucing pun jangan lupa makan ubat cacing sebab mostly diorang hari-hari duk bersihkan najis kucing.

“Benda tu pun sebenarnya boleh jadi punca cacing banyak dalam perut, lepastu rasa macam tak cukup nutrien,” jelasnya.

Sementara itu, rynamarina25 menjelaskan keadaan pesakit yang mempunyai cacing berukuran besar boleh bergantung kepada simptom yang dialami.

Kredit: Threads/ @aniematzemi

“Depend pada simptom, biasa kalau besar macam ni pesakit akan rasa sakit perut, cirit-birit yang berpanjangan,” jelasnya.

Perkongsian tersebut turut membuatkan sesetengah pengguna mula teringat jadual pengambilan ubat cacing anak masing-masing.

“Jadual ubat cacing anak-anak. Tahun ni belum lagi. Kena pergi beli lah jawabnya. Hehe,” kongsi aniematzemi.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads berkongsi penemuan cacing 24 sentimeter dalam sampel najis pesakit warga asing.
  • Cacing itu dikenal pasti sebagai Ascaris lumbricoides, menurut petugas makmal diagnostik berkenaan.
  • Beliau mengingatkan orang ramai membasuh tangan dengan sabun selepas aktiviti melibatkan tanah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan