Siakap Keli
Gambar: KYODO via The Japan Times

Belajar Cuci Tandas & Susun Selipar, Tahap Pendidikan Jepun Didik Pelajar Pasal Moral Dahulu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Belajar Cuci Tandas & Susun Selipar, Tahap Pendidikan Jepun Didik Pelajar Pasal Moral Dahulu

Negara Jepun atau juga dikenali sebagai negara matahari terbit merupakan antara negara yang terkenal dengan kecantikan dan kebersihan yang dapat dilihat di negara tersebut. Bukan itu sahaja, kemajuan yang dibawa oleh kerajaan Jepun juga turut menjadikan negara itu sebagai negara yang sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

Selain itu, sistem pendidikan yang bagus di negara berkenaan turut meraih pujian apabila dianggap tidak memberikan tekanan sebagaimana yang dihadapi oleh pelajar di negara lain.

Maka, tidak hairanlah apabila Jepun dijadikan contoh untuk mendidik murid-murid di peringkat tadika mahupun di peringkat sekolah.

Murid-murid di negara berkenaan juga tidak perlu menduduki peperiksaan besar dan menghafal buku teks sehingga memasuki peringkat sekolah menengah.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang doktor falsafah atau dikenali sebagai Dr Fitri Yusof telah berkongsikan pemerhatian yang dilakukan olehnya terhadap tahap pendidikan Jepun sepanjang dia menetap di negara berkenaan di laman Twitter miliknya.

Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah ini.

TAHAP PENDIDIKAN DI JEPUN

Ini benda yang saya selalu perhatikan semasa duduk di Jepun. Saja kongsikan.

1. Masa Tadika (Yōchien)

Mak bapa hantar lagi, tapi aktiviti dia main dan moral. Belajar cuci tandas, gosok gigi, susun selipar. Jalan dalam kereta tolak. Lintas jalan angkat tangan/bendera kuning.

2. Shōgakkō (6 hingga 12 tahun)

Masa ni baju ikut suka hati. Tak ada lagi baju uniform. Tapi kerja sekolah dah mula banyak. Main pun banyak. Sekolah biasanya walking distance, cikgu akan tunggu kat simpang dan greet anak-anak.

3. Chūgakkō (12-15 tahun)

Waktu ni dah ada baju uniform. Ni kira dah shonen la ni. Sekolah pagi, petang tu ada aktiviti kokurikulum. Dan ya, loceng sekolah bunyi memang sama macam dalam cerita jepun.

Kōkō (15-18 tahun)

Ada sekolah biasa, ada sekolah private. Sekolah private biasa ada link dengan Uni. Baju putih biasa masa summer, masa winter pakai baju hitam.

Daigaku (Uni, 19tahun) atau Senmongakko (Sekolah Vokasional)

Jepun umur legal minum arak adalah 20 tahun, jadi 1st year Uni (19 tahun) takkan minum arak walaupun ada majlis meraikan diorang. Diorang lebih kepada menikmati setiap usia tu dan explore life di Uni. Ada enjoy bukatsu.

Gambar: Go Go Nihon

Jujurnya, jepun antara terbaik la kalau nak enjoy hidup di dunia. Tapi tulah, hidup bukan hanya matlamat dunia. Cabaran muslim kat sana banyak.

Apa Malaysia boleh belajar dari Jepun dari segi pendidikan?

1. Penekanan moral di awal pendidikan, bukan akademik.

2. Jarak sekolah yang walking distance dan keselamatan. Negara akan jimat masa, tenaga dan petrol yang banyak kalau sekolah walking distance.

3. Bebanan kerjaya guru. Cikgu kat sana enjoy kot. Mungkin kena kaji gaji guru tadika, gaji para guru mencukupi tak. Supaya cikgu tak fikir dah side income job dan fokus mendidik anak bangsa.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Dr Fitri Yusof via Twitter

Farah Nabilah