Seorang ‘minah saleh’ berasa cukup teruja untuk pasang pili air (bidet) di tandas rumah hasil mendapat inspirasi setelah melawat Malaysia.
Paip air boleh dikategorikan sebagai peralatan mandi yang wajib dipasang dalam sesebuah rumah terutama rumah rakyat Malaysia, ekoran ia sangat membantu memudahkan kita membersihkan diri mahupun mandi.
Namun jangan dilupa, bukan semua negara mempunyai paip air yang ‘sempurna’ macam di Malaysia. Mungkin di negara lain, paip hanya boleh digunakan untuk basuh tangan dan mandi sahaja tapi bukan untuk beristinjak.
Oleh itu, apabila melancong ke luar negara masih ada yang belum biasa menyesuaikan diri menggunakan tisu sebagai alternatif lain untuk membersihkan diri daripada kotoran susulan pili air tidak disediakan.
Jadi apabila pulang ke tanah air, rata-rata meluahkan rasa syukur kerana dapat menggunakan kembali paip air setelah ‘terseksa’ tidak dapat membersihkan diri dengan betul sepanjang berada di negara orang.
Tapi percaya atau tidak, pili air (bidet) yang biasa orang Malaysia guna untuk bersihkan diri di tandas rupanya bagaikan satu perkara ‘baharu’ bagi orang luar, lebih-lebih lagi sesetengah golongan ‘white people’ atau ‘mat saleh’ yang selama ini hanya gunakan tisu.
Perkara tersebut nampaknya merupakan perkara baharu bagi mereka apabila sudah merasainya sendiri bagaimana ‘nikmatnya’ menggunakan pili air berbanding tisu sebagai alat kebersihan diri.
‘Renovate’ pasang pili air di rumah setelah lawat Malaysia
Begitulah pengalaman menarik seorang ‘minah saleh’ pengguna Twitter bernama Anana @young_financier yang mengambil keputusan untuk memasang pili air selepas merasai sendiri keselesaan setelah menggunakannya.
Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk mengubah suai tandas rumahnya dengan memasang pili air setelah menggunakannya ketika melawat Malaysia dan Mesir sebelum ini.
“Selepas melawat Mesir dan Malaysia saya mempunyai benda ini (pili air) sendiri semasa mengubah suai bilik mandi,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.
After visiting Egypt and Malaysia I’ve got this thing myself when renovating bathroom pic.twitter.com/vGgUP1pWpe
— Anana Anana (@young_financier) December 14, 2022
Ciapan tersebut mendapat perhatian warga maya, terutamanya rakyat Malaysia kerana begitu teruja nama ‘Malaysia’ dipetik dan disebut dalam nada bangga oleh ‘orang putih’ sepertinya.
Justeru warganet Malaysia mula membalas ciapan itu dengan ‘meme’ yang mempunyai perkataan Malaysia, meluahkan rasa bangga kerana Malaysia mampu memberi inspirasi dan kesan yang baik kepada negara luar.
Dalam masa sama segelintir warganet juga berkata akhirnya warga luar negara telah merasai nikmat apabila menggunakan pili air atau bidet sebagai alat untuk membersihkan diri.




Terdahulu, tular di media sosial juga, seorang peminat bola sepak yang menghadiri Piala Dunia FIFA 2022 teruja mencuba pili air untuk menyucikan diri ketika menggunakan kemudahan tersebut di Qatar.
Lelaki tersebut berkata pili air adalah perkara terbaik pernah ditemuinya selepas menggunakannya selama sebulan, selain selepas bertahun-tahun menggunakan tisu semasa di United Kingdom atau Eropah.
After visiting Egypt and Malaysia I’ve got this thing myself when renovating bathroom pic.twitter.com/vGgUP1pWpe
— Anana Anana (@young_financier) December 14, 2022
Sumber: @young_financier/Twitter