Siakap Keli
sunat bayi perempuan di uk
Kredit: dramalinabakri | Instagram

Dr Amalina Perjelas Sunat Bayi Perempuan Di UK Adalah Dilarang, Ini Sebabnya

Pada bulan Oktober lalu, doktor bedah kelahiran Malaysia yang tinggal di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri secara rasminya telah bergelar seorang ibu kepada anak perempuan pertamanya, Arabella Mia.

Jika dilihat dari Instagram miliknya, dramalinabakri, beliau kerap berkongsi tentang perkembangan anaknya dari semasa ke semasa.

Ekoran daripada itu, Dr Amalina telah memuat naik pertanyaan “Ask Me A Question” di Instagram Story miliknya. Kesempatan itu dimanfaatkan oleh seorang individu untuk bertanyakan soalan kepada Dr Amalina.

“Dekat sana dorang ada servis sunatkan bayi perempuan ke Dr?” tanya individu tersebut.

“Tak, ia haram dilakukan di UK!” jawab Dr Amalina menerusi Instagram Story tersebut.

Gambar: IG Dr Amalina

Dalam masa yang sama juga, ada individu lain yang bertanyakan tentang berkhatan bagi lelaki, sama ada ia dibenarkan atau keadaan yang sama dengan bayi perempuan. Menurut Dr Amalina, sunat bagi lelaki adalah dibenarkan dan boleh dilakukan di semua hospital di UK.

Amalina Bakri
Kredit: dramalinabakri | Instagram

Namun begitu, kenyataan tersebut dipercayai diragui oleh segelintir rakyat Malaysia yang telah menimbulkan kontroversi antara mereka. Justeru, Dr Amalina tampil memuat naik satu kenyataan di Instagram Story.

Menurutnya, berkhitan bayi perempuan dikategorikan sebagai Female Genital Mutilation (FGM) atau Female Genital Cutting (FGC) di UK.

Dalam kesempatan itu juga, beliau menasihati ‘golongan yang suka mengecam’ agar merujuk para imam dan Muslim British Council di UK terlebih dahulu.

“Khitan bayi perempuan dikategorikan sebagai FGM/FGC di UK. Sesetengah rakyat Malaysia yang suka kecam boleh baca sendiri apa Imam dan Muslim British Council di UK katakan, saya tak tentukan hukum, saya jawab soalan orang yang bertanya, terima kasih,”

“Ada pelbagai pendapat berkenaan khitan ikut fatwa dan negara masing-masing. Kalau anda tidak puas hati, boleh tanya sendiri kepada imam di UK.

“Kalau ragu-ragu ikutlah pendapat mufti di tempat anda sendiri. Tak perlu kecam orang Islam di negara lain,” tambahnya.

Amalina Bakri
Kredit: dramalinabakri | Instagram

Bagaimanapun, ada sesetengah individu membalas pertanyaannya menerusi direct message (dm) di Instagram menyokong kenyataan beliau kerana ia berlaku di negara lain.

Amalina Bakri
Kredit: dramalinabakri | Instagram
Amalina Bakri
Kredit: dramalinabakri | Instagram

Sumber: dramalinabakri | Instagram

Florence Nuar