Siakap Keli

Pelancaran Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia Lengkapkan Tenaga Kerja Masa Depan

Pelancaran Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia Lengkapkan Tenaga Kerja Masa Depan

Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 – Experian Malaysia baru-baru ini melancarkan Minggu Teknologi GenAI pertama mereka, sebuah program intensif selama tiga hari yang bertujuan bagi memperkuat kemampuan pekerja dalam keupayaan transformatif Generatif Kecerdasan Buatan (GenAI).

Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia bertujuan menjadi platform utama untukmenawarkan pengalaman komprehensif kecerdasan buatan (AI). Sesi dan bengkel interaktif ini memberi mereka, kakitangan bukan teknikal pemahaman yang jelas mengenai aplikasi GenAI dan mendorong untuk mengintegrasikan teknologi ini ke dalam alur kerja mereka dengan lancar.

 “Di Experian, kami percaya semua berhak mendapat peluang untuk memanfaatkan kuasa AI. Itulah sebabnya kami melengkapkan tenaga kerja kami, tanpa mengira latar belakang teknikal dengan kemahiran asas GenAI.” kata Chua Chai Ping, Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusia Experian Malaysia.

“Setakat ini kami telah melatih 94% pekerja global kami tentang apa itu GenAI dan cara menggunakannya dengan sebaiknya dan selamat di Experian. Kami memperkasakan mereka untuk memanfaatkan teknologi berkuasa ini dan memacu inovasi di seluruh rantaian syarikat.”

minggu teknologi genai experian

 Experian seterusnya memperkasakan tenaga kerjanya dengan membuka potensi penuh GenAI melalui tapak sumber khusus dan forum komuniti. Platform ini memupuk perkongsian pengetahuan dan kerjasama, selain membolehkan pekerja membentangkan idea penyelesaian inovatif bersama-sama.

Selain itu, Experian menyemarakkan lagi kreativiti dan penerokaan menerusi GenAI Global and Regional Hackathons, Coding Camps, dan GenAI Tech Talk Series, yang bakal memberikan peluang kepada pekerja untuk membangunkan aplikasi canggih.

Experian telah memperkuatkan tenaga kerjanya dengan memanfaatkan keupayaan penuh GenAI melalui platform sumber khas dan forum komuniti. Mereka didorong perkongsian pengetahuan, kerjasama, dan inovasi dengan membolehkan pekerja menyumbangkan idea penyelesaian yang kreatif.

Melalui inisiatif seperti GenAI Global and Regional Hackathons, Coding Camps, dan GenAI Tech Talk Series, Experian memberi peluang kepada pekerjanya untuk mengembangkan aplikasi canggih dan mendorong kreativiti serta penemuan baru.

Syarikat itu telah menemui lebih 500 kes penggunaan untuk mengguna pakai teknologi di seluruh operasi globalnya. Aplikasi ini termasuk dalam penciptaan kandungan dan ringkasan hinggalah pembangunan chatbot, meningkatkan produktiviti pengekod dan jurutera, serta memperkemas pengambilan serta penyusunan data.

Experian mendorong kerjasama melalui hubungan dua hala dalam aspek pemahaman serta pembelajaran. Akademi GenAI, sebagai pusat pembelajaran menawarkan sumber pembelajaran yang sesuai kepada semua pekerja, dari yang berpengalaman hingga yang baru dalam bidang AI bagi memastikan pemahaman asas GenAI tersedia untuk semua.

minggu teknologi genai experian

 Merapatkan Jurang Antara Teori dan Pratikal

Experian Malaysia bukan sahaja mendedahkan pekerja tentang GenAI; malah memperkasakan mereka dalam pengunaannya. Minggu GenAI Tech yang dianjurkan selama tiga hari ini fokus secara mendalam, melengkapkan pekerja dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam memanfaatkan teknologi transformatif ini.

Sesi dan bengkel interaktif bukan sahaja memperkenalkan aplikasi GenAI untuk kakitangan bukan teknikal, malah memperkasakan mereka untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti percambahan minda atau brainstorming dan menyepadukan GenAI ke dalam tugas harian mereka.

 Minggu Teknologi GenAI menjadi satu langkah penting ke hadapan selepas ia meletakkan asas untuk masa depan di mana GenAI memainkan peranan transformatif di seluruh organisasi. Memandang ke hadapan, Experian Malaysia berada pada kedudukan yang baik, bukan sahaja dalam memanfaatkan GenAI untuk inovasi dalaman, malah menjadi peneraju dalam membentuk aplikasi berkesan menerusi teknologi berkuasa ini di seluruh industri.

 

Nurul Naqiyah