Siakap Keli
Letak Jawatan Pengerusi Pejuang
Gambar: BERNAMA

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang?

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang?

Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu dikatakan masih lagi kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dan perkara tersebut disahkan oleh sumber dari parti itu.

“Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang, kekal sebagai Pengerusi GTA,” kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Menurut sumber itu lagi, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Tun Mahathir.

Memetik Sinar Harian, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua bakal diadakan pada 14 Januari 2023.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi lepas, calon Perikatan Nasional (PN), MOhd Suhaimi Abdullah telah memperoleh majoriti 13, 518 undi dan menewaskan Tun Mahathir (Pejuang), Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH) dan Abd Kadir Sainudin (Bebas).

Sumber: Sinar Harian

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.