Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kesemua Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen sebagaimana yang sudah dijadualkan pada hari ini.
Sesi angkat sumpah berkenaan dimulakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof dan diikuti barisan menteri-menteri dan timbalannya.
“Saya, setelah dipilih sebagai ahli dewan rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian, dengan daya segala upaya saya bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara dan melindungi dan mempertahankan perlembagaan,” demikian teks angkat sumpah berkenaan.
Hari ini juga, Datuk Seri Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menerusi undian yang diterima sebentar tadi.
Sumber: BERNAMA