Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPWKM Peruntuk RM500,000 Biayai Keperluan Segera Mangsa Banjir Di Terengganu & Kelantan – Nancy Shukri

Sofea
kpwkm peruntuk rm500000
Gambar: Bernama

KPWKM Peruntuk RM500,000 Biayai Keperluan Segera Mangsa Banjir Di Terengganu & Kelantan – Nancy Shukri

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa pihaknya telah meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera dan bantuan kepada mangsa banjir di Negeri Terengganu dan Kelantan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, peruntukan itu diberikan bagi memastikan barangan keperluan tambahan di stor, mini depoh dan pangkalan hadapan di daerah-daerah yang terjejas sentiasa tersedia.

“Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, luruan angin dan hujan lebat di Pantai Timur dijangka berterusan sehingga 21 Disember 2022.

“Kejadian ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kawasan-kawasan yang akan turut terjejas.

“Petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau dan bersiap sedia sepanjang masa di kawasan yang terlibat,” katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, beliau juga mengulas mengenai isu terputus pergerakan di Hulu Besut.

Jelasnya, jabatan Bomba dan Penyelamat akan menggunakan helikopter untuk membantu JKM menghantar barang.

Selain itu, agensi seperti JKR, Jabatan Pertanian dan Majlis Daerah Kuala Terengganu yang mempunyai kenderaan atau lori besar akan berkumpul di Depoh Bencana JKM Marang untuk membantu mengagihkan makanan dan barangan.

“Bagi mangsa yang tidak sempat berpindah ke PPS, boleh berkumpul di premis awam lain seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan JKM dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan daftarkan PPS secara ad-hoc untuk mereka mendapatkan makanan dan keperluan asas,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri itu semakin meningkat.

Di Terengganu, seramai 19,601 mangsa daripada 5,699 keluarga dicatatkan setakat petang tadi.

Manakala di Kelantan pula memperlihatkan seramai 12,104 orang daripada 3,295 keluarga terlibat dalam bencana itu.

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM