Siakap Keli
Sosok Dipercayai Pocong
Kredit Tanah Bumbu Info/Instagram

Gempar, Pelajar Berjaya Rakam Sosok Dipercayai Pocong Muncul Tengah Jalan

Gempar, Pelajar Berjaya Rakam Sosok Dipercayai Pocong Muncul Tengah Jalan

Satu video memaparkan seorang pelajar berjaya merakamkan kelibat dipercayai sebagai pocong telah menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Warta Banjar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di jalan UPT Trans Anjir, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah berhadapan dengan laluan ke UPT Sekolah Menengah Trans Anjir.

Menurut laporan, kejadian itu telah dialami oleh seorang remaja lelaki bernama Perdi di kawasan Kampung Hanjak Maju, Pulang Pisau pada Selasa, 13 Disember yang lalu.

Perdi yang juga merupakan pelajar di Pulang Pisau ketika itu dikatakan sedang menyusul rakannya di kawasan tersebut.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Semasa dalam perjalanan, dia difahamkan berasa kesejukan sebelum terlihat sosok berbungkus putih tersebut.

Pelajar itu kemudiannya memberanikan dirinya untuk merakam sosok kelibat makhluk yang disangka pocong itu.

Pelajar tersebut mahu merakam kejadian berkenaan lebih lama, namun kelibat itu berpusing dan hilang di celah-celah lampu jalan yang malap.

“Kawan saya gerak dulu, lepas Isyak lebih kurang jam 20.00 WIB, kemudian saya menyusul kawan saya untuk perhimpunan di Trans.

“Entah macam mana saya merasa ada sesuatu yang pelik ketika dalam perjalanan. Saya kemudian melihat ada sosok putih yang melompat-lompat mendekati saya,” kata pelajar tersebut.

Menurut pelajar itu lagi, dia terpaksa bergerak kemudian kerana perjalanan ke tempat yang ditujunya agak jauh justeru dia solat Isyak terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TANAH BUMBU INFO (@tanahbumbuinfo)

“Kerana takut diejek penakut tidak jadi datang sebabkan hantu. Jadi saya nekad untuk merakam kelibat tersebut supaya menjadi bukti yang boleh ditunjuk kepada kawan-kawannya. Saya juga merasa takut sewaktu sosok berkenaan cuba mendekati saya,” kata pelajar itu lagi.

Sumber: Warta Banjar

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka