Siakap Keli
Gambar: AFP

Karim Benzema Umum Bersara Dari Skuad Perancis 

Karim Benzema Umum Bersara Dari Skuad Perancis 

Pemenang Ballon d’or 2022, Karim Benzema telah mengejutkan dunia bola sepak dengan pengumuman mengenai persaraannya dari skuad Perancis di halaman Twitter miliknya.

Memetik laporan AFP, pengumuman itu dibuat pada Isnin, selepas Perancis tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 menentang Argentina.

Menerusi perkongsian Benzema di Twitter, dia berkata bahawa dia sudah melakukan sehabis baik bagi pasukannya.

“Saya sudah berusaha dan meletakkan kedudukan saya di sini, justeru saya berasa bangga dengannya. Namun, kisah saya sudah berakhir,” kata pemain yang berusia 35 tahun itu menerusi Twitter miliknya.

Difahamkan, Benzema yang sudah menjaringkan 37 gol untuk Perancis dan membuat 97 penampilan terpaksa menarik diri daripada skuad Perancis dalam Piala Dunia sebelum perlawanan pertama akibat kecederaan di paha kirinya.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan Perancis, Didier Deschamps bertindak untuk tidak menggantikan pemain pasukannya dalam Piala Dunia kerana beranggapan bahawa Perancis masih mempunyai kekuatan dalam skuad mereka, terutamanya dalam serangan yang diketuai oleh pemain berusia 23 tahun, Kylian Mbappe.

Mbappe yang turut bermain dalam kelab bola sepak, Paris Saint-Germain telah memenangi anugerah ‘Kasut Emas Piala Dunia FIFA’ dengan menjaringkan sebanyak 8 gol, termasuk hatrik yang dilakukan dalam penentuan penalti berikutan mata jaringan seri 3-3 bersama Argentina.

Sumber: AFP

Farah Nabilah