Siakap Keli
messi
Kredit: CNN Indonesia

“Pakaian Itu Dianggap Sebagai…” Ini Maksud Sebenar Jubah Hitam Dipakai Messi

Kemenangan Argentina dalam Piala Dunia Qatar baru-baru ini telah meletakkan Messi sebagai pemenang anugerah “Golden Ball” yang menjadikannya orang pertama memenangi gelaran tersebut sebanyak dua kali dalam Piala Dunia FIFA (2014 dan 2022).

Difahamkan, Piala Dunia Qatar dipercayai akan menjadi pentas antarabangsa terakhir legenda bola sepak tersebut sekali gus sebagai ‘hadiah’ pengakhiran yang cukup bermakna baginya.

Namun, adakah anda perasan akan jubah hitam yang disarungkan oleh Raja Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani kepada Messi sebelum dia menerima trofi Piala Dunia?

messi
Kredit: Dr Sara Marzouk

Satu perkongsian oleh seorang doktor perubatan dari Melbourne, Australia, Dr Sara Marzouk di laman Facebook telah mendedahkan maksud sebenar di sebalik jubah yang dipakai Messi sebelum menerima trofi berkenaan.

Hal ini kerana ada komen-komen yang ditinggalkan oleh segelintir warganet yang dikatakan telah menghina jubah tersebut tanpa usul periksa akan makna di sebalik jubah yang dipakai oleh Messi itu.

“Terdapat sedikit ulasan di internet, sebahagian daripadanya agak menghina tentang jubah hitam yang dipakai oleh Lionel Messi sebelum menerima Piala Dunia,” katanya.

Susulan daripada itu, Dr Sara yang juga berkelulusan PhD dalam Paediatrics di University of Melbourne tampil berkongsi di Facebook untuk menjelaskan kepada warganet supaya mendapat kefahaman cukup sebelum berkata apa-apa.

“Jadi, saya akan menerangkan kepentingannya. Pakaian itu dipanggil ‘bisht’ dan ia adalah pakaian luar yang dipakai di kebanyakan negara Arab. Nama pakaian tersebut berasal daripada perkataan Akkadia ‘bishtu’ yang bermaksud ‘bangsawan atau prestij.’

“Pakaian itu dianggap sebagai simbol penghormatan besar. Ia adalah simbol status dalam kalangan diraja, orang kaya dan golongan yang mempunyai pangkat sosial yang tinggi iaitu sama seperti jubah graduasi atau dalam istilah Barat, golongan yang memakai tuksedo hitam pada majlis khas,” maklumnya dalam kenyataan itu.

messi
Kredit: CNN Indonesia

Tambahnya, sekiranya golongan tertinggi Arab yang menyarungnya menggunakan tangan mereka sendiri, maka tindakan itu merupakan suatu penghormatan yang ditunjukkan kepada orang awam.

“Apabila Qatar sebuah negara menghadiahkan ‘bisht’ atau menyarungkan sendiri kepada anda, perkara tersebut adalah penghormatan tertinggi yang boleh diberikan kepada orang awam,” kongsinya.

Tidak hanya itu, Dr Sara juga menidakkan bahawa penggunaan jubah itu tidak sesekali menyentuh soal agama.

“Ia tidak ada kena mengena dengan agama sama sekali. Messi mungkin tidak memahami apabila dia memakainya, tetapi ini adalah cara Qatar mengiktirafannya sebagai Greatest Of All Time (GOAT), katanya.

Untuk rekod, Argentina layak bergelar juara Piala Dunia edisi tahun ini selepas menyingkirkan Perancis melalui penentuan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sepanjang 120 minit perlawanan (termasuk masa tambahan).

Sumber: Dr Sara Marzouk

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.