Siakap Keli

Punca Tak Letak Penama, Anak Susah Nak Keluarkan Duit KWSP Arwah Ibu

Punca Tak Letak Penama, Anak Susah Nak Keluarkan Duit KWSP Arwah Ibu

Menjaga ibu dan ayah adalah tanggungjawab anak-anak, tambahan pula besar ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah jika kita berbakti kepada ibu dan ayah. Itulah yang dialami Farid yang telah menjaga ibunya yang sakit selama 2 tahun sebelum akhirnya meninggal dunia disebabkan penyakit tiga serangkai.

Selepas semuanya selesai, Farid mula memeriksa segala jenis akaun milik ibunya termasuk akaun bank simpanan, akaun pelaburan dan akaun KWSP. Ibunya bekas akauntan di sebuah syarikat terkemuka. Farid pun pergi ke kaunter KWSP untuk mengeluarkan baki simpanan ibunya dengan membawa dokumen sijil kematian, borang pengeluaran kematian KWSP 9KM dan kad pengenalan.

Baki akaun ibu Farid berjumlah RM100,000 tapi malangnya ibunya tidak meletakkan sesiapa sebagai penama. Wang itu masih boleh dikeluarkan tapi perlu melalui proses tertentu yang lebih panjang. Farid perlu mengemukakan borang permohonan termasuk salah satu dari dokumen berikut:

  • Surat Kuasa Pentadbiran atau
  • Surat Kuasa Mentadbir atau
  • Probet dari Mahkamah Tinggi

Selepas permohonan diluluskan barulah duit dari akaun ahli bolehdikeluarkan. Farid yang menyedari kepentingan meletakkan penama untuk akaun KWSP miliknya, beliau terus menguruskannya dengan membawa dokumen seperti berikut:

  • Borang Penamaan KWSP 4
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri Penama

Syarat-syarat untuk menjadi penama mestilah 18 tahun dan ke atas, Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998). Kepentingan meletakkan penama ialah Memendekkan proses pengeluaran, Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan untuk mendapatkan dokumen dari pihak ketiga seperti Pejabat Tanah atau Mahkamah. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja sebagai penama. Semak maklumat penamaan anda di mana-mana cawangan terdekat atau gunakan i-Akaun (Ahli) atau aplikasi mudah alih kami untuk akses yang lebih mudah dan cepat.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)