Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Isu Ajaran Millah Abraham, Jakim & JAIN Bakal Kerjasama Jalankan Siasatan

Isu Ajaran Millah Abraham
Kredit BERNAMA

Tular Isu Ajaran Millah Abraham, Jakim & JAIN Bakal Kerjasama Jalankan Siasatan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan melakukan siasatan dan tindakan yang sewajarnya berhubung dengan ajaran Millah Abraham.

Jakim menerusi kenyataan mereka kepada Sinar Harian berkata bahawa ajaran Millah Abraham telah difatwakan sebagai ajaran yang menyeleweng dan bertentangan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) kali ke-100 pada 2016 lalu.

“Jakim mengambil maklum berkaitan paparan video tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang meminta Jabatan Agama Islam untuk menyiasat ajaran Millah Abraham,” katanya pada Selasa.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Menurut Jakim lagi, masyarakat yang beragama Islam dinasihati untuk menjauhi ajaran Millah Abraham dan dilarang sama sekali untuk beramal dengan ajaran tersebut.

“Mana-mana orang Islam yang telah berbaiah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada ALLAH SWT,” kata Jakim lagi.

Sebelum ini, seorang pelakon telah membuat pengakuan berani yang menyatakan bahawa dia merupakan salah seorang pengikut bagi ajaran Millah Abraham tersebut.

Malah, pelakon itu juga sempat meminta orang ramai untuk melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia dan JAIN atas pengakuannya itu.

Sumber: Sinar Harian