Siakap Keli
zulkifli ismail pindah rumah sendiri
Gambar: Instagram Zulkifli Ismail

32 Tahun Menyewa Sejak Bujang, ‘Insp Razlan Gerak Khas’ Akhirnya Pindah Rumah Sendiri

32 Tahun Menyewa Sejak Bujang, ‘Insp Razlan Gerak Khas’ Akhirnya Pindah Rumah Sendiri

Terkenal dengan siri Gerak Khas, pelakon Zulkifli Ismail hari ini mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah sewa yang didiaminya sejak bujang dahulu iaitu 32 tahun yang lalu.

Menerusi laman Instagram, Zulkifli memaklumkan mengenai keputusan itu dengan mengepilkan sekeping gambar dirinya yang berdiri di sebelah lori.

“32 tahun saya menyewa rumah ini. 32 tahun saya tinggal di sini, sejak berusia 27 tahun sehingga menghampiri usia emas.

“Sejak masih bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini. Hari ini saya akan berangkat meninggalkannya. Salam pamitan buat rumah yang banyak berjasa ini,” tulisnya dalam kapsyen itu.

Difahamkan, pelakon yang berusia 59 tahun itu akan berpindah ke Kajang yang merupakan rumahnya sendiri.

Dalam pada itu, ada segelintir yang mengkritik tindakannya kerana tidak membeli rumah lebih awal berbanding menyewa dalam tempoh panjang selama 32 tahun.

Bagaimanapun Zulkifli berkata pada ketika itu, pihak bank tidak membenarkannya untuk membuat pinjaman membeli rumah.

Kredit: Instagram

Rata-rata ramai yang mendoakan agar urusan Zulkifli dipermudahkan selain diberikan rezeki yang banyak selepas menetap di tempat baharu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)

Sumber: Zulkifli Ismail/Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana