Siakap Keli
Lemas Di Kolam Berombak
Kredit PDRM

Budak 8 Tahun Maut, Lemas Di Kolam Berombak Taman Tema Air Di Alor Gajah

Budak 8 Tahun Maut, Lemas Di Kolam Berombak Taman Tema Air Di Alor Gajah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui lemas dalam sebuah kejadian di taman tema air di Alor Gajah, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata mangsa dikatakan hadir beriadah ke taman tema itu bersama ibunya dan 78 keluarga yang lain.

Kesemua keluarga itu difahamkan datang dari Komuniti Kampung Sungai Tuan Seth, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

“Pihak polis awalnya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 3.15 petang daripada bahagian kecemasan Hospital Alor Gajah, memaklumkan mangsa telah lemas dan tidak sedarkan diri.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Semasa kejadian lemas itu berlaku, petugas taman tema air berkenaan telah melakukan bantuan menyelamat sebelum membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati, keluasan kolam lebih kurang 445 meter persegi yang mana kolam berkenaan akan berombak selama 10 minit dalam tempoh setiap 20 minit dan kejadian dipercayai berlaku di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan dengan kedalaman kira-kira satu meter,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini. 

Jelasnya, kanak-kanak itu bersama ibunya serta komuniti tempat tinggal mereka bergerak dari Johor pada pukul 6.45 pagi dan tiba ke taman tema berkenaan pada jam 11 pagi.

Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati bahawa mangsa mati disebabkan lemas dan sepatutnya dijadual pulang semula ke rumah pada hari yang sama.

“Pengerusi Jawatan Kuasa Program Ukhwah Santai tersebut menyatakan bahawa program berkenaan hanya diadakan sehari sahaja dan tidak bermalam .

“Siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambahnya lagi. 

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka