Siakap Keli
tempat pelancongan menarik auckland
Kredit gambar dinyatakan dalam artikel

Ini Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Anda Patut Pergi

Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Anda Patut Pergi

Memandangkan sekarang merupakan cuti persekolahan, pasti ramai yang ingin melancong ke luar negara bagi menghilangkan stress disebabkan oleh kerja. Antara lokasi sering dilawat oleh rakyat Malaysia ialah New Zealand kerana ia kaya dengan tempat-tempat indah.

Untuk pengetahahuan anda, bandar tepi pelabuhan Auckland yang juga dikenali sebagai ‘City of Sails’ merupakan satu-satunya metropolis New Zealand yang sebenar dan merupakan pusat ekonomi negara yang cergas, lapor Planet Ware.

Mempunyai populasi hampir 1.7 juta orang atau hampir separuh daripada jumlah penduduk di negara ini, Auckland berada di antara Pelabuhan Manukau di barat dan Pelabuhan Waitemata di timur.

Daerah itu terletak bersebelahan laluan air membuatkan ramai pelawat menjadikannya sebagai tempat ketibaan, selain menghabiskan masa dengan menikmati tarikan kebudayaan dan aktiviti luar membuatkannya sebagai tempat ‘wajib’ dilawati.

Selain daripada itu, monumen, muzium dan banyak galeri seni di sini merupakan antara yang terbaik. Pelancong juga boleh menerokai pantai yang berada di pinggir bandar yang terkenal dengan pemandangan yang indah.

Juga, lokasi yang perlu dimasukkan dalam senarai adalah pulau-pulau di Hauraki Gulf yang memiliki pemandangan indah taman negara yang menakjubkan di New Zealand. Bagi mengetahui lebih banyak idea untuk bersiar-siar di sudut dunia yang indah ini, ikuti senarai di bawah.

Tempat menarik yang perlu dilawati di Auckland

1. Sky Tower Auckland

Kredit: Planet Ware

Sky Tower yang terlihat seperti ‘jarum gergasi’ di Auckland ialah mercu tanda bandar yang paling menonjol. Dibina dengan ketinggian 328 meter, sekali gus menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di New Zealand.

Sekiranya pelancong mencari tempat untuk merakam panorama bandar yang sempurna, maka bangunan ini amat sesuai. Apa yang perlu dilakukan oleh pelancong adalah menghalakan kamera di hadapan pemandangan yang terbentang ke jarak sejauh 80 kilometer pada hari yang cerah.

Pengunjung boleh menikmati pemandangan itu dengan berjalan di luar platform Sky Walk setinggi 192 meter mengelilingi menara dan mereka yang suka aktiviti lasak boleh melompat dari platform dengan Sky Jump.

2. Waitemata Harbour

Kredit: Planet Ware

Pemandangan luas di Waitemata Harbour membuatkan Auckland ‘terbelah’ kepada dua bahagian dan merupakan ciri semula jadi yang paling menonjol di bandar ini. Ini menjadikan ia sebagai laluan yang mudah dilalui di Auckland yang menjadikan daerah itu sebagai ibu kota New Zealand  pada tahun 1840.

Ia merupakan kawasan yang menarik untuk diterokai dengan berjalan kaki dan menjanjikan pengalaman menarik lain seperti pelancong boleh membeli-belah, menjamu selera dan berhibur. Perkara lain yang juga boleh dilakukan termasuk menerokai Quay Street yang selari dengan pelabuhan di daerah tengah.

3. Auckland Harbour Bridge

Kredit: Planet Ware

Pelabuhan tengah dikuasai oleh jambatan Pelabuhan Auckland yang siap pada tahun 1959, dibina lebih daripada satu kilometer panjang serta kira-kira 43 meter tinggi yang menghubungkan pusat bandar Auckland ke daerah utara dan kawasan pasir berpasir di teluk jauh ke utara.

Jambatan ini juga menawarkan banyak perkara yang menyeronokkan untuk pelancong bersiar-siar. Salah satu keseronokan terbaik yang boleh dirasai adalah melakukan lompatan bungee Auckland Harbour Bridge termasuk merentasi jambatan eksklusif sebelum terjun 40 meter ke air pelabuhan di bawah.

4. Muzium Memorial Perang

Kredit: Planet Ware

Muzium Memorial Perang Auckland yang mengagumkan terletak di titik tertinggi Domain Auckland dalam bangunan Neoklasik yang luas. Dibina sejak tahun 1929, ia didirikan sebagai tugu peringatan khusus untuk askar New Zealand yang bertempur dalam Perang Dunia I.

Muzium itu menempatkan koleksi artifak yang mengagumkan bermula sewaktu menjejaki sejarah New Zealand daripada peneroka Polinesia pertama hingga ke hari ini serta menyerlahkan warisan semula jadi New Zealand.

Antara salah satu tarikan utama ialah Galeri Maori Utama yang menjadi tuan rumah kepada kekayaan kesenian. Ia termasuk gerbang Maori yang mengagumkan sejak abad ke-12 hingga ke-14 yang merupakan ‘rumah’ mesyuarat mewah.

Tingkat satu di muzium itu menempatkan koleksi sejarah semula jadi, termasuk pembinaan semula burung moa gergasi yang terkenal namun telah pupus pada waktu kini. Tingkat atas muzium pula didedikasikan untuk tugu peringatan perang dan memaparkan kisah penglibatan New Zealand dalam konflik dunia sepanjang sejarah negara.

Selain itu, pelancong juga boleh membuat lawatan secara berpandu di sini, dibimbing oleh kru muzium yang turut menawarkan sesi perkongsian dalam bentuk kuliah mahupun bengkel biasa kepada mereka.

5. One Tree Hill

Kredit: Planet Ware

Bagi kebanyakan penduduk Auckland, One Tree Hill (Maungakiekie) adalah simbol bandar mereka. Bukit setinggi 182 meter itu terletak di tengah-tengah Cornwall Park yang subur dengan bunga dan pokok-pokok diletakkan di tengah-tengah denai pejalan kaki.

Di sudut barat daya taman, di cerunnya terkandung sisa-sisa Maori Pa iaitu sebuah perkampungan berkubu yang terletak di tempat itu semasa era pra-Eropah. Selain itu, terdapat juga Balai Cerap Stardome yang mempunyai planetarium.

Sumber: Planet Ware

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana