Setiap orang ada definisi percutian yang berbeza.
Ada yang sanggup terbang semata-mata untuk mencari makanan sedap. Ada pula yang kalau bercuti, mesti nak cari pantai cantik, sunset atau pulau.
Tak kurang juga yang lebih suka masuk hutan, hiking atau mencari tempat yang belum terlalu mainstream untuk lari sekejap daripada rutin harian.
Menariknya, tak perlu pun terbang jauh ke luar negara untuk mendapatkan pengalaman macam ini.
Di Sabah dan Sarawak sahaja, setiap bandar mempunyai identiti dan tarikan tersendiri yang boleh memberikan pengalaman percutian berbeza. Daripada lorong old town, pasar yang menjadi tumpuan penduduk tempatan hinggalah rainforest, pantai dan food hunting.
Lebih mudah, Batik Air turut menghubungkan Semenanjung Malaysia ke enam destinasi utama di Borneo iaitu Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu dan Tawau.
Jadi persoalannya sekarang, jenis ‘escape’ mana paling ngam dengan korang?
Kuching: The Culture Escape
Kalau korang suka bandar yang mempunyai karakter tersendiri, Kuching memang antara destinasi yang patut masuk dalam senarai.
Kuching Waterfront mungkin antara lokasi pertama yang terlintas, tapi jangan berhenti setakat itu sahaja.
Cuba masuk pula ke kawasan Carpenter Street dan Main Bazaar untuk melihat bangunan lama, kedai tradisional serta suasana old town yang masih hidup sampai hari ini.
Sambil berjalan, inilah masa untuk mencari makanan yang cukup sinonim dengan Sarawak seperti mee kolok dan laksa Sarawak, kemudian sambung dengan local coffee sebelum meneroka kawasan lain.

Kalau trip jatuh ketika hujung minggu, boleh juga keluar sedikit daripada pusat bandar dan singgah ke Siniawan Night Market.
Suasana pekan lama pada waktu malam boleh memberikan vibe yang sangat berbeza daripada Kuching yang korang lihat di waterfront.
Pendek kata, kalau suka kombinasi culture, heritage dan makan sambil berjalan, Kuching mungkin escape korang.
Local tip: Tak perlu rushing ke semua landmark. Explore kawasan lama dengan berjalan kaki kerana kadang-kadang kedai kecil yang korang jumpa secara tak sengaja itulah yang akhirnya jadi highlight trip.
Miri: The Nature Escape
Kalau definisi holiday korang ialah kurang bangunan dan lebih banyak nature, cuba pandang ke Miri pula.
Nama Niah National Park memang antara tarikan yang sinonim dengan destinasi ini, terutama untuk mereka yang sukakan adventure.
Tapi Miri bukan tentang gua sahaja.
Mulakan dengan Canada Hill untuk melihat sisi bandar dari kawasan lebih tinggi sebelum memperlahankan tempo perjalanan di Coco Cabana untuk menikmati sunset.
Kalau nak sesuatu yang lebih lowkey, boleh juga cari kawasan pantai yang lebih tenang di luar bandar.
Malam pula, daripada terus masuk shopping mall, cuba cari pasar malam atau kawasan makan yang menjadi pilihan penduduk tempatan.
Dengan cara itu, korang dapat rasa dua sisi Miri dalam satu trip. Satu penuh dengan nature dan adventure, satu lagi lebih santai dengan coastal vibe.
Local tip: Jangan cuba sumbat semua aktiviti outdoor dalam sehari. Tinggalkan sedikit ruang dalam itinerary untuk duduk tepi laut dan enjoy Miri tanpa terlalu mengejar masa.
Sibu: The Food Escape
Kalau itinerary percutian korang biasanya bermula dengan soalan, “Nak makan apa?”, Sibu mungkin jawapannya.
Malah, untuk trip ke sini, satu nasihat mudah iaitu datang dengan perut kosong.
Boleh mulakan di Sibu Central Market untuk melihat hasil tempatan sambil mencari makanan seperti kampua mee.
Selepas itu, berjalan santai sekitar Sungai Rajang sebelum menyambung misi food hunting apabila malam tiba.

Di Sibu Night Market, bolehlah cari kompia, street food dan makanan tempatan yang mungkin tak semudah itu ditemui di Semenanjung.
Ini yang buat Sibu menarik.
Bandar ini tak semestinya perlu dijadikan tempat singgah sebelum bergerak ke tempat lain. Kalau korang memang foodies, Sibu sendiri sudah cukup untuk dijadikan satu perjalanan.
Local tip: Jangan makan terlalu banyak di satu tempat. Kalau datang Sibu, kena simpan ruang untuk next meal.
Bintulu: The Underrated Escape
Bintulu mungkin bukan nama pertama yang keluar apabila geng mula berbincang, “Cuti nanti kita nak pergi mana?”
Tapi mungkin itu juga sebab kenapa bandar ini menarik untuk diterokai.
Kalau mahu melihat sisi yang lebih dekat dengan kehidupan tempatan, mulakan di Pasar Tamu dan Pasar Utama Bintulu untuk melihat hasil serta makanan yang biasa dibeli masyarakat setempat.
Kemudian menjelang petang, boleh tukar suasana dengan pergi ke Tanjung Batu Beach untuk berehat di kawasan pesisir.
Kalau mahukan lebih banyak nature, masukkan pula Similajau National Park dalam itinerary.
Daripada sebuah bandar yang sering dikaitkan dengan industri, tiba-tiba korang dapat gabungan local market, coastline dan rainforest dalam satu destinasi.
Kadang-kadang tempat yang kita datang tanpa expectation tinggi inilah yang beri surprise paling besar.
Local tip: Jangan anggap Bintulu sekadar bandar transit. Beri bandar ini satu atau dua hari dan tengok sendiri sisi lain yang mungkin korang tak pernah sangka ada.
Kota Kinabalu: The Everything Escape
Kalau satu geng ada enam orang dan masing-masing mahukan aktiviti berbeza, Kota Kinabalu mungkin paling mudah nak selesaikan masalah.
Nak makan? Ada.
Nak explore bandar? Ada.
Nak island hopping? Ada.
Nak cari sunset? Pun ada.

Untuk rasa sisi bandar terlebih dahulu, boleh mulakan dengan Gaya Street, explore kopitiam dan kawasan pasar sambil mencari makanan yang mungkin jarang ditemui di Semenanjung.
Kemudian pada hari lain, barulah bergerak ke Jesselton Point untuk island hopping.
Selepas seharian bermain air, petang pula boleh diperuntukkan untuk satu aktiviti paling mudah iaitu cari spot dan tunggu sunset.
Dalam satu trip sahaja, korang boleh gabungkan city, food, island dan sunset.
Sebab itu KK sesuai bukan sahaja untuk first-timer tetapi juga group traveller yang mempunyai macam-macam perangai bila bercuti.
Local tip: Split trip kepada dua vibe, satu hari untuk city dan food, satu lagi untuk island dan sunset.
Tawau: The Adventure Escape
Bila sebut Tawau, fikiran mungkin terus pergi kepada Semporna, Sipadan dan Mabul.
Tak salah, tapi jangan jadikan Tawau sekadar tempat turun flight sebelum terus sambung perjalanan.
Kalau ada masa, cuba explore bandar ini sendiri.
Masuk ke Tawau Tanjung Market, cari seafood dan local eats sekitar bandar atau luangkan masa menikmati nature di Tawau Hills Park.
Untuk traveller yang mahukan sesuatu yang sedikit lebih niche daripada itinerary biasa, pengalaman berkaitan koko dan hasil pertanian tempatan juga boleh dimasukkan dalam perjalanan.
Selepas itu, barulah sambung adventure ke Semporna untuk pengalaman island hopping ataupun diving.
Dengan cara itu, satu perjalanan boleh beri korang dua pengalaman berbeza iaitu explore Tawau dahulu sebelum beralih kepada dunia pulau dan laut.
Local tip: Jangan jadikan Tawau sekadar airport sebelum ke Semporna. Kalau itinerary mengizinkan, beri peluang dekat bandar ini dulu.
Satu Flight, Banyak Cara Nak Explore Malaysia Timur
Itulah menariknya Sabah dan Sarawak.
Tak ada satu formula sahaja untuk menikmati Malaysia Timur.
Korang boleh datang semata-mata kerana makanan, mencari nature, mengenali budaya dan sejarah atau sekadar mahu ‘disconnect’ sekejap daripada rutin bandar.
Hari ini mungkin Culture Escape di Kuching.
Trip seterusnya mungkin Food Escape di Sibu sebelum satu hari nanti tukar pula kepada Adventure Escape dari Tawau.
Dengan connectivity Batik Air ke keenam-enam destinasi tersebut, traveller mempunyai pilihan untuk merancang perjalanan berdasarkan pengalaman yang mereka sendiri mahukan.
Apa Pun Jenis ‘Escape’, Percutian Pun Kena Selesa
Destinasi dah best, perjalanan ke sana pun mestilah nak selesa.
Antara sebab Batik Air boleh dipertimbangkan untuk trip ke Sabah dan Sarawak ialah pengalaman Economy Class yang menawarkan tempat duduk lebih lapang dan ruang kaki yang lebih selesa, jadi perjalanan beberapa jam tak semestinya terasa terlalu ‘sempit’.
Untuk mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang pula, pilihan airport bukan hanya tertumpu kepada KLIA. Selain penerbangan dari KLIA, Batik Air turut menghubungkan Lapangan Terbang Subang ke Kuching dan Kota Kinabalu, manakala penerbangan ke Sibu dan Miri dijadualkan bermula 1 Disember.
Dari segi bajet pula, Economy Class mempunyai tiga pilihan tambang iaitu Super Saver, Value dan Flexi.
Super Saver boleh dipertimbangkan jika korang mencari pilihan lebih menjimatkan untuk perjalanan dengan keperluan asas tanpa elaun bagasi. Value pula menawarkan pilihan lebih seimbang dengan elaun bagasi 15kg bagi penerbangan ke Malaysia Timur, manakala Flexi sesuai untuk traveller yang mahukan lebih keselesaan dan fleksibiliti, dengan elaun bagasi 25kg, snek percuma serta manfaat tambahan yang lain.
Maksudnya, bukan sahaja boleh pilih nak terbang ke mana, malah boleh pilih cara perjalanan yang lebih sesuai dengan bajet dan gaya travel masing-masing.
Nak Lagi Berbaloi? Ada Rebat Untuk Trip Ke Sabah dan Sarawak
Kalau enam destinasi tadi dah buat korang mula berkira-kira nak terbang ke mana dulu, ini mungkin masa yang sesuai untuk mula merancang perjalanan.
Batik Air kini menawarkan rebat penerbangan ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya bagi tempahan yang dibuat menerusi laman web rasmi atau aplikasi Batik Air.
Bagi kempen ini, penumpang boleh menikmati rebat segera RM50 untuk penerbangan sehala atau RM100 bagi penerbangan pergi balik, sama ada berlepas dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA ke Sabah dan Sarawak, ataupun untuk perjalanan dari Sabah dan Sarawak kembali ke dua lapangan terbang tersebut.
Tempahan boleh dibuat sehingga 30 November 2026, manakala tempoh perjalanan adalah dari 2 Januari hingga 30 Jun 2027.
Tapi kalau dah tahu tarikh nak bercuti, mungkin jangan tunggu terlalu lama kerana promosi ini terhad kepada 1,000 penumpang pertama sahaja.

Untuk menikmati rebat tersebut, jangan lupa masukkan kod promo BATIKCCMY ketika membuat tempahan penerbangan.
Jadi selain boleh pilih jenis ‘escape’ yang sesuai dengan korang, ada juga peluang untuk jadikan perjalanan ke Sabah atau Sarawak lebih berbaloi.
Jadi, Escape Mana Korang Nak Cuba Dulu?
Persoalan untuk percutian seterusnya mungkin bukan lagi sekadar, “Sabah atau Sarawak?”
Sebaliknya ialah culture, nature, food, underrated, everything atau adventure?
Enam bandar ini menawarkan enam vibe yang cukup berbeza.
Dan kadang-kadang pengalaman paling memorable dalam sesebuah trip bukan pun landmark yang semua orang kenal.
Mungkin pasar yang korang tiba-tiba singgah, makanan yang direkomen oleh locals ataupun satu tempat yang langsung tak ada dalam itinerary asal.
Dengan Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu dan Tawau untuk dipilih, mungkin masalah sebenar selepas ini bukan lagi tak tahu nak pergi mana.
Tapi nak pilih yang mana satu dulu.
Layari laman web rasmi Batik Air untuk menyemak pilihan penerbangan ke Sabah dan Sarawak dan mula rancang jenis escape korang seterusnya.
