Siakap Keli
Gambar: UNCCD

Suhu 2023 Diramal Makin Panas Berbanding 2022 – Jabatan Meteorologi UK

Suhu 2023 Diramal Makin Panas Berbanding 2022 – Jabatan Meteorologi UK

Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) meramalkan bahawa suhu global pada tahun 2023 akan menjadi lebih panas berbanding tahun ini, dan menjadi salah satu yang terburuk dalam rekod.

Memetik BBC, ramalan menunjukkan bahawa suhu global akan menjadi tahun kesepuluh berturut-turut mencecah 1 Celcius melebihi purata.

Jabatan Meteorologi menjelaskan bahawa kesan penyejukan yang dikenali sebagai La Niña berkemungkinan akan berakhir selepas berada selama tiga tahun di mana sebahagian daripada kitaran cuaca semula jadi.

Malah, mereka turut menyatakan kesan pemanasan perubahan iklim yang berlaku adalah disebabkan oleh manusia.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Justeru, kerajaan di seluruh dunia telah bersetuju untuk mengurangkan pelepasan bagi mengekalkan kenaikan suhu di bawah 1.5 Celcius bagi mengelakkan perubahan iklim yang lebih teruk.

Memetik BBC lagi, dunia telah menjadi panas sekitar 1.1 Celcius berbanding tempoh sebelum Revolusi Perindustrian pada 1750-1900, apabila manusia mula membakar sejumlah besar bahan api fosil dan melepaskannya ke atmosfera.

Suhu pada 2023 diramalkan antara 1.08 Celcius dan 1.32 Celcius melebihi purata pra-industri.

Tahun paling panas sejak rekod bermula pada 1850 ialah pada 2016, ahli meteorologi mendakwa fenomena cuaca yang dikenali sebagai El Niño meningkatkan suhu global.

Namun begitu, ia telah terjejas sejak tiga tahun lalu disebabkan oleh La Niña apabila suhu laut yang lebih sejuk di Pasifik menurunkan purata suhu global.

Bagaimanapun, kesan tersebut kini diramalkan akan berakhir, membawa keadaan yang lebih panas di bahagian Pasifik sehingga menyebabkan suhu global menjadi lebih panas berbanding tahun 2022.

Prof Adam Scaife, ketua ramalan jarak jauh di Jabatan Meteorologi berkata perubahan iklim ini tidak seperti tahun 2016, ia dijangka menjadi tahun yang memecahkan rekod kerana El Niño tidak meningkatkan suhu global.

Dalam pada itu, Profesor Sains Iklim di University Of Reading, Richard Allan, memberitahu BBC bahawa tahun depan, kesan La Niña akan berkurangan ekoran daripada pelepasan gas sepanjang tahun akan datang dan berterusan ke masa hadapan untuk mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau.

Pada tahun ini, rekod suhu telah dipecahkan di serata dunia, termasuk di UK yang mencatatkan lebih daripada 40 Celcius.

Hal ini disebabkan oleh kebakaran hutan yang memusnahkan sebahagian Eropah dan Australia yang dikaitkan dengan cuaca panas, dan Pakistan serta India meningkat dengan suhu mencecah 51 Celcius pada bulan Mei.

Dalam satu kajian, saintis menyimpulkan bahawa suhu yang panas ini berkemungkinan disebabkan oleh perubahan iklim.

Peningkatan suhu diramalkan membawa kepada kesan buruk terhadap manusia dan alam semula jadi, termasuk lebih banyak kemarau, penyakit berkaitan haba dan penggurunan.

Sumber: BBC News

Noorliyana Ishak