Siakap Keli
tengah sedap layan movie

Tengah Sedap Layan Movie Lewat Malam, Tiba-Tiba Nampak Ada Cahaya Merah Kat Ruang Tamu

Tengah Sedap Layan Movie Lewat Malam, Tiba-Tiba Nampak Ada Cahaya Merah Kat Ruang Tamu

Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk menghilangkan bosan di waktu terluang. Ada yang suka bersenam, keluar jalan-jalan, membeli-belah dan tak kurang juga menonton filem atau movie di rumah.

Maklumlah sekarang ni ada banyak platform penstriman yang menyediakan pelbagai rancangan menarik untuk seisi keluarga. Lagi seronok bila dapat tonton movie kegemaran dengan individu tersayang di rumah. Tutup semua lampu, sediakan kudapan dan hanya ditemani cahaya serta bunyi dari TV di kesunyian malam. Kadang tu sampai pagi tak tidur lagi.

Tapi ada masanya seram juga bila tengok movie sampai lewat malam, lagi-lagi bila tengok seorang diri. Apa tidaknya, ada je yang mengganggu fokus dan konsentrasi. Langsir bertiup, bunyi kucing mahupun bayang dari pokok di luar pun boleh buat jantung berdebar.

Lagi seram, bila tengah layan cerita hantu, tiba-tiba filem terhenti & nampak cahaya merah di ruang tamu. Boleh kecut perut jadinya.

Tapi tenang dahulu, cahaya merah yang korang nampak tu mungkin cahaya daripada modem internet korang yang sedang mengalami gangguan. Sebab tu la juga movie kat TV tu pun terhenti.

Bila dah tahu ada gangguan macam ni, korang kenalah tahu ‘ubatkan’ modem korang tu, barulah boleh sambung layan movie.

‘Ubat’ dia mudah je, korang kena guna internet Unifi. Untung tau guna Unifi ni sebab ia ada pelbagai servis untuk kesenangan korang. Bukan je korang dapat layari internet tanpa gangguan, Unifi juga ada lima Unifi Promise yang akan pastikan korang dapat bantuan segera bila ada gangguan Internet.

5 Janji Unifi Untuk Pengguna

1. EasyFix Self-Service

Dengan Unifi Promise ni korang tak perlu lagi risau bila ada masalah sambungan internet kerana korang boleh baiki sendiri di rumah.

Manakan tidak, bukan semua masalah sambungan memerlukan ‘sentuhan’ pakar, ada beberapa darinya yang boleh diselesaikan sendiri oleh korang.

Dengan EasyFix Self-Service ni, korang boleh diagnos sendiri sebarang isu berkait dengan sambungan Internet. Korang juga boleh berhubung terus kepada ejen Live Chat untuk bantuan lanjut.

 

2. Proactive service alerts

Tidak perlu lagi risau mengenai masalah sambungan kerana pihak Unifi akan memberi notifikasi kepada korang mengenai sebarang isu atau gangguan perkhidmatan fizikal pada rangkaian TM. 

Korang akan menerima makluman awal melalui SMS dan pemberitahuan di aplikasi myunifi app mengenai gangguan perkhidmatan internet. Jadi tak adalah korang terpinga-pinga bila capaian Internet tergendala.

3. Service tracker

Korang juga akan menerima kemas kini mengenai status permintaan perkhidmatan.  Keadaan ini juga membolehkan korang melihat dan menjejak sebarang masalah secara real-time melalui aplikasi myunifi app.

4. 24hrs service restoration

Unifi juga telah memberi komitmen untuk memulihkan sambungan dalam tempoh masa 24 jam selepas membuat laporan.

Menariknya, jika pihak Unifi tidak dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan, rebat pengebilan bernilai RM50 akan diberikan. Pelanggan yang layak akan dimaklumkan melalui SMS dan notifikasi di aplikasi Unifi dan penebusan perlu dilakukan dalam masa 30 hari.

5. Unifi Elite Experts

Jika menghadapi sebarang isu yang sangat susah untuk diselesaikan sendiri, korang jangan risau kerana akan ada pakar elit Unifi yang sentiasa bersedia membantu korang.

Untuk pengetahuan, pakar yang dilantik sangat profesional dan terlatih. Malah, korang juga boleh mendapatkan khidmat rundingan berkait dengan WiFi.

Menarik bukan? Mana lagi nak cari yang macam ni. Jadi apa tunggu lagi, jom guna Unifi untuk dapatkan pengalaman penggunaan internet yang terbaik. Korang juga akan dapat free trial sehingga 30 hari tau.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi, EasyFix Unifi dan muat turun aplikasinya di sini.



Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.