Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Yaya ‘Boboiboy’ Dipilih Jadi Ikon Pelancongan Halal Jepun

Florence Nuar
yaya
Kredit: Nizam Abd Razak | Facebook

Pengarah animasi tempatan, Nizam Abdul Razak sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila salah satu watak dalam siri animasinya telah dipilih menjadi ikon pelancongan di Jepun.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pengarah itu sendiri di laman Facebook miliknya, Nizam Abd Razak semalam.

Difahamkan, watak Yaya dalam siri Boboiboy menjadi pilihan pihak produksi Jepun yang disesuaikan tujuannya iaitu untuk mempromosikan Halal & Muslim-Friendly Tourism di wilayah Tohoku.

“Yaya dipilih menjadi ikon pelancongan di Jepun. Dalam kehangatan Mechamato Movie, MONSTA tampil dengan musim ke-2 Fly With Yaya yang mempromosikan wilayah Tohoku, Jepun. Kali ini Yaya ada kawan baharu; Tomoko-chan.

“Yaya sebelum ini dipilih pihak Tohoku Inbound Association dan Yamagata Broadcasting Company pada 2019 untuk mempromosikan Halal & Muslim-friendly tourism di wilayah Tohoku.

“Wilayah ini tidak seperti di Tokyo yang lebih kepada aktiviti bandar. Wilayah Tohoku lebih kepada aktiviti countryside dan mempunyai pemandangan gunung-ganang dan tasik yang memukau,” katanya.

yaya
Kredit: Nizam Abd Razak | Facebook

Menurut perkongsian Nizam, Fly With Yaya merupakan sebuah animasi yang dibangunkan menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

“Fly With Yaya merupakan CGI Travel Show yang menggunakan teknik CGI bersama live footage. FWY pernah dinominasi bawah Licensing International Exellence Award 2020.

“Fly With Yaya ‘Omotenashi’ boleh ditonton di Astro Prima dan MONSTA Youtube Channel,” tambahnya.

yaya
Kredit: Nizam Abd Razak | Facebook

Sebelum ini, kita dihebohkan dengan animasi Mechamoao Movie yang dikeluarkan pada 8 Disember lalu di pawagam seluruh negara.

Tidak dinafikan animasi itu turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton kerana jumlah tontonan yang direkodkan selama 11 hari tayangan adalah seramai 1.28 juta penonton.

Tidak hanya itu, Mechamato Movie juga telah mendapat kutipan sebanyak RM 18 juta dalam sepanjang tempoh tayangan tersebut.

Sumber: Nizam Abd Razak | Facebook