Paris Saint-Germain dilaporkan bUntu dan pening kepada apabila bintang utamanya, Lionel Messi meminta kebenaran untuk membawa Piala Dunia ke Parc des Princes dan berkongsi dengan peminatnya disana.
Menurut laporan Goal, Messi mahu berkongsi kegembiraannya bergelar Juara Dunia dengan semua peminatnya termasuk penyokong-penyokong kelab gergasi Ligue 1 itu dalam perlawanan PSG menentang Strasbourg pada 28 Disember ini.
Hasrat murni tersebut bagaimanapun tidak kesampaian apabila PSG mengambil keputusan untuk menolak permintaan tersebut selepas mengambil kira sentimen rakyat Perancis ketika ini.
Kelab juga bimbang dengan penerimaan peminat-peminat PSG sendiri memandangkan kejuaraan yang dirangkul Argentina adalah dengan menewaskan Perancis melalui penentuan sepakan penalti.
Malah, bintang utama PSG dan rakan sepasukan Messi di kelab, Klyian Mbappe sendiri merupakan tonggak utama Perancis yang terpaksa menelan pahit tewas di aksi final tersebut biarpun berjaya mencipta sejarah menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu.
Justeru, kelab juga berpendapat membenarkan Messi membawa trofi Piala Dunia ke stadium mereka mungkin satu perbuatan berbentuk provokasi kepada pemain tersebut yang boleh mencetuskan insiden tidak diingini atau suasana tidak harmoni dalam kem.
Terdahulu, Messi melengkapkan koleksi trofinya apabila berjaya bergelar Juara Dunia selepas menumbangkan Perancis menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir. Messi sendiri beraksi dengan sangat cemerlang dalam perlawanan tersebut apabila berjaya menjaringkan dua gol.
Selain bergelar Pemain Terbaik Perlawanan, Messi juga berjaya membawa pulang trofi Permain Terbaik Kejohanan. Ramai pihak berpendapat kejayaan Messi menjulang Piala Dunia telah menamatkan perdebatan siapakah Pemain Terbaik Sepanjang Zaman (GOAT).
BACA: Messi Mungkin Jadi Penerima Kedua Trofi Super Ballon d’Or, Anugerah Paling “Rare” Bola Sepak
Sumber: Goal