Siakap Keli
Kredit: Facebook Maya Gunawan/Merdeka.com

Siap Kongsi Gambar Dikafan, Wanita Dipercayai Pura-Pura Meninggal Dunia Kerana Tak Mahu Bayar Hutang

Siap Kongsi Gambar Dikafan, Wanita Dipercayai Pura-Pura Meninggal Dunia Kerana Tak mahu Bayar Hutang

Dipercayai tidak mahu melunaskan hutang, seorang wanita didakwa berpura-pura meninggal dunia dalam kejadian di Medan, Indonesia baru-baru ini.

Memetik laporan Merdeka.com, perkara itu telah didedahkan oleh satu pemilik akaun di Facebook yang juga merupakan pemiutang kepada wanita itu.

Difahamkan, pada mulanya wanita itu memuat naik hantaran mengenai kematian dirinya menerusi akaun Facebook milik anaknya.

Wanita itu mendedahkan bahawa dirinya telah meninggal dunia, bahkan beberapa gambar mayat yang telah dibalut oleh kain kafan turut dikongsikan bersama.

Berita yang dihantar menerusi Facebook anaknya itu turut mendakwa bahawa dia dipercayai meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di sebuah jambatan, malah jenazahnya akan dikebumikan di Acheh.

Bagaimanapun, penipuan wanita itu terbongkar apabila pemiutang tersebut mendedahkan bahawa kematian wanita itu adalah berita palsu.

Bukan itu sahaja, pemiutang itu turut berkata bahawa gambar keranda yang dimuat naik oleh wanita itu kelihatan sama seperti gambar yang dijumpai di internet.

Menurutnya, dia sudah meminta wanita itu untuk melunaskan hutang yang tertunggak, namun wanita itu enggan menyelesaikan hutang tersebut kerana dipercayai tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila wanita itu sering meminta supaya pembayaran hutang itu ditangguhkan sekaligus membuatkan pemiutang itu berang dengan permintaannya.

Pun begitu, sehingga kini tiada pengesahan yang dilakukan oleh wanita yang didakwa berpura-pura meninggal dunia itu.

Sumber: Merdeka.com

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.