Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tanah Runtuh: Mayat Ditemui Berpelukan Dengan Anjing Kesayangan Disahkan Sebagai Uncle Eric

Mayat Mangsa Ditemui Berpelukan Dengan Anjing
Kredit Twitter

Tanah Runtuh: Mayat Ditemui Berpelukan Dengan Anjing Kesayangan Disahkan Sebagai Uncle Eric

Eric Wong Chai Chon atau lebih dikenali dengan Uncle Eric telah disahkan sebagai mangsa ke-26 yang ditemui pasukan penyelamat di sektor B dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, lapor Astro Awani.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media yang dilakukannya di lokasi kejadian pada hari ini.

“Waris yang hadir pada Isnin lalu di lokasi kejadian memang isteri dan anaknya. Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarga mereka di Hospital Sungai Buloh,” katanya Suffian Abdullah.

Mayat Mangsa Ditemui Berpelukan Dengan Anjing
Kredit Twitter

Sebelum ini, empat lagi ahli keluarga mangsa telah hadir ke lokasi kejadian pada petang Isnin yang lalu bagi mendapatkan pengesahan mengenai kehilangan mangsa terbabit.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Gambar mendiang Chai Chong bersama tiga ekor anjing peliharaannya turut tular di media sosial dan sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa penemuan mangsa berpelukan dengan anjing tersebut adalah Uncle Eric.

Semalam, mayat seorang lelaki dewasa telah ditemui sedang berpelukan dengan seekor anjing disamping seekor lagi anjing yang sudah mati berdekatan dengannya di sektor B.

Sementara itu, Bomba menjelaskan bahawa operasi untuk mencari mangsa yang masih hilang masih diteruskan disamping mencari seekor lagi anjing milik mangsa.

Sumber: Astro Awani