Siakap Keli
Gambar: LPT

Kemalangan Libatkan Lima Buah Kenderaan Berlaku Di LPT Tadi

Kemalangan Libatkan Lima Buah Kenderaan Berlaku Di LPT Tadi

Pengendali Lebuhraya Pantai Timur memaklum satu kemalangan melibatkan lima buah kenderaan berlaku di km42.9 arah Kuantan (Gombak – Bukit Tinggi), hari ini.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, antara kenderaan yang dilihat terlibat dalam kemalangan itu termasuklah lori treler dan juga kereta.

Akibat kemalangan tersebut, semua lorong di laluan tersebut telah terhalang dan menjejaskan aliran trafik.

Bagaimanapun dalam hantaran terbarunya, LPT memaklumkan kerja-kerja mengalih kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan pembersihan lokasi sudah diselesaikan.

Sehubungan itu, pihaknya telah membuka kembali lorong kiri dan kanan kepada lalulintas. Bagaimanapun, lorong kecemasan masih ditutup.

Sumber: Lebuh Raya Pantai Timur

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.