Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Melaka Batal Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Syed Faisal Sayed Muhammad
Melaka batal sambutan tahun baharu
Gambar: Bernama

Melaka batal sambutan ambang tahun baharu 2023

MELAKA, 23 Dis (Bernama) — Kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan sambutan malam Ambang Tahun Baharu 2023 yang sepatutnya diadakan pada 31 Dis ini di Taman Seribu Bunga.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ia diputuskan selepas mengambil kira musibah banjir yang melanda beberapa negeri pada waktu ini.

“Dalam keadaan sebegini, rasanya tidak wajar untuk kita adakan sambutan tahun baharu dan ia kebetulan senada dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang juga membatalkan penganjuran tersebut,” katanya pada sidang media penganjuran Pesta Bunga Melaka 2022 di Taman Seribu Bunga, di sini hari ini.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Menurutnya bagi mengantikan sambutan tersebut, pihaknya mungkin akan mengadakan doa selamat atau acara berbentuk keagamaan bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia khususnya di pantai timur yang sedang berduka.

Dalam pada masa sama, beliau berkata Melaka merancang untuk menghantar bantuan dari segi tenaga kerja dan kesukarelawan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri terlibat.

Sumber: BERNAMA