Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pengguna Perlu Ada Kesedaran, Jauhi Peniaga ‘Cekik Darah’ – Rafizi Ramli

Pengguna disarankan untuk tidak melakukan urusan jual beli dengan para peniaga yang mengenakan harga ‘cekik darah’ jika dibandingkan dengan harga purata peniaga-peniaga lain.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tindakan bijak tersebut dipercayai akan memberi tekanan kepada peniaga terbabit untuk menurunkan harga kepada paras kompetitif.

Rafizi menambah, satu gerakan untuk menyuntik kesedaran kepada rakyat amatlah wajar dilaksanakan sebagai satu tindak balas terhadap isu kenaikan harga makanan dan minuman bukan beralkohol.

Tindakan tidak memilih peniaga cekik darah ini adalah untuk memastikan hubungan antara permintaan dan bekalan menjadi lebih fleksibel.

Menurut Rafizi, ini bukanlah satu tindakan boikot tetapi anda tidak perlu membeli barangan dengan peniaga tersebut disebabkan para pengguna memiliki lebih banyak pilihan dengan tawaran harga yang lebih berpatutan.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi sidang media pengumuman Penerbitan Harga IHP November di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam sidang media tersebut bersama-sama Rafizi Ramli.

Dalam sidang tersebut, beliau berkata lagi bahawa salah satu kategori perbelanjaan yang paling menyumbang kepada inflasi adalah harga barangan makanan dan minuman bukan alkohol, merangkap kumpulan perbelanjaan yang paling besar bagi satu isi rumah.

“Bercakap mengenai makanan dan minuman, kita tengok pecahan inflasi yang betul-betul mendorong inflasi.”

Gambar hiasan | Kredit: Bernama
Justeru, beliau memilih untuk memperbaiki tahap fleksibeliti antara harga dan bekalan dalam usaha untuk menangani inflasi. Pada masa yang sama, kementerian-kementerian terbabit mempergiatkan langkah-langkah untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

“Sementara kementerian-kementerian terbabit mengusahakan langkah-langkah jangka sederhana dan jangka panjang di sebelah bekalan, saya juga memilih untuk memperbaiki keanjalan saling kait harga dan bekalan dalam usaha menangani inflasi,” jelasnya dalam sidang media di sini pada Jumaat.”

Selain itu, Rafizi berkata, beliau akan turut memberikan fokus jangka pendek terhadap kebertanggungjawaban harga berpatutan dengan membina ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara,  bagi memupuk keanjalan hubungan harga dan bekalan.

Kata Menteri Ekonomi tersebut, ekosistem tersebut diharap akan dmendapat kerjasama dari pengguna sendiri dalam masa sebulan, sekali gus ia merupakan salah satu usaha untuk mengawal inflasi pada masa akan datang.

BACA: Ditanya Tentang Khidmat Pengiring, Jawab Rafizi “Saya Tak Pakai Rider,”

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma