Sekali “Upload” Terus Jutawan, Satu Hantaran IG Jennie Blackpink Dilapor Bernilai Sehingga RM 14.8 Juta
Blackpink merupakan sebuah kumpulan K-Pop yang paling popular di seluruh dunia. Dibarisi empat wanita jelita iaitu Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo, bakat dan kecantikan mereka menjadi idola peminat serata pelusuk Bumi.
Maka tak hairanlah, setiap ahli kumpulan ini mempunyai puluhan malahan ratusan juta pengikut keseluruhan di pelbagai platform media sosial, seperti Instagram dan Facebook.
Misalnya di Instagram, setiap hantaran yang dimuat naik, mampu meraih jutaan tanda suka dalam masa yang singkat. Ini membuktikan setiap apa yang mereka lakukan, sentiasa menjadi perhatian para peminat yang tidak mahu terlepas walau satu pun berita tentang artis kesayangan ramai ini.
Dengan kuasa viral seperti itu, tak hairanlah banyak jenama berpusus-pusu mahu berkolaborasi dengan mereka semua. WalauPUN perlu membayar harga yang mahal disebabkan populariti mereka yang tidak masuk akal, ia bukanlah satu masalah besar kepada syarikat-syarikat terkemuka dunia ini.
Salah satu ahli kumpulan Blackpink yang mampu menjana pendapatan lumayan menerusI hantaran Instagram adalah Jennie.
Menurut hasil tinjauan oleh syarikat data Launch Metrics yang diumumkan pada 28 September, Jennie mampu meraih sekitar 4.3 bilion Won (RM 14.3 juta) bagi setiap hantaran Instagramnya.
Nilai itu diperoleh hasil impak kehadirannya dalam Channel Show yang diadakan pada Mac lepas.
Manakala dalam bulan yang sama, siaran langsung Koleksi Dior di Paris yang dihadiri Jisoo mencatatkan 140 juta tontonan dan memberi impak yang tinggi kepada media. Dikhabarkan, nilai gambar yang dimuat naik ke IG Jisso pada waktu tersebut adalah sekitar 2 bilion Won.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai nilai hantaran IG bagi dua ahli kumpulan yang lain.
Bukan setakat itu sahaja, keempat-empat mereka juga turut memberi impak menerusi jenama Blackpink itu sendiri di peringkat global. Misalnya, Blackpink kini menjadi kumpulan artis dengan jumlah pelanggan tertinggi di dunia di platform Youtube dengan 83.5 juta pelanggan. Jumlah yang sama meletakkan mereka saluran Youtube ke-11 dengan pelanggan teramai.
Menurut laman analisis data influencer Nox Influencer, setiap video di saluran Youtube Blackpink menjana lebih daripada 2 bilion won melalui hasil pengiklanan.
BACA: Bantuan Khas Tunai RM 1,000 & RM 10,000 Untuk Mangsa Banjir Di Terengganu – MB