Axia rempuh “King” sampai terbalik di simpang empat PICC Putrajaya
Sebuah kereta jenis Perodua Axia terbalik selepas dipercayai merempuh sebuah lagi kereta Perodua Myvi di simpang empat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang semalam.
Video rakaman papan pemuka “dashcam” yang telah dimuat naik oleh akaun Twitter Isu Semasa Viral pada hari ini telah menjadi tular di media sosial. Video berkenaan memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang dirempuh itu turut terbalik berikutan rempuhan dari kereta Perodua Axia berwarna putih tersebut.
Menerusi video berkenaan, kereta Axia berwarna putih itu dilihat datang dari arah belakang dengan laju sebelum merempuh kereta Myvi di hadapannya.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dikenal pasti keadaan pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan terbabit.
Perkongsian terbabit turut mendapat pelbagai reaksi warganet yang menontonnya di laman sosial Twitter tersebut. Ada beberapa pengguna turut meninggalkan komen mereka berkenaan insiden tersebut di ruangan komen video berkenaan.
“Kita sudah berhati-hati. tetapi orang lain belum pasti akan berhati-hati juga,” tulis seorang penonton video tersebut.

Seorang lagi penonton video terbabit sempat ‘retweet’ berkenaan kejadian tersebut dengan memberi pesanan kepada pengguna jalan raya yang lain agar tidak mengejar lampu isyarat dan kekal berada di lorong yang sepatutnya.
“Jangan kejar lampu dan duduk di lorong yang sepatutnya. Lorong kanan tidak boleh terus, lorong tengah boleh belok ke kanan dan terus, manakala lorong kiri pula tidak boleh terus,” tulis pengguna media sosial tersebut.

Setakat hari ini, perkongsian video tersebut telah meraih sebanyak 24 ribu jumlah tontonan dari pengguna media sosial di Twitter.
Kejadian di simpang 4 picc putrajaya.
📹 group putrajaya. pic.twitter.com/NfJM7FNG6k
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) December 24, 2022
Sumber: Isu Semasa Viral