Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tanah Runtuh: Mayat Mangsa Terakhir Tragedi Batang Kali Ditemui

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit BERNAMA

Tanah Runtuh: Mayat terakhir tragedi tanah runtuh Batang Kali telah ditemui

Mayat terakhir mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah ditemui pada petang ini.

Berita penemuan itu telah dikongsikan oleh Bernama menerusi ciapan mereka di Twitter sebentar tadi.

” Mayat terakhir mangsa tragedi tanah runtuh, di Batang Kali, ditemukan petang ini- Polis,” tulis ciapan Twitter Bernama berkenaan.

Mayat mangsa yang terakhir tersebut telah dijumpai oleh anggota pasukan SAR pada pukul 4.50 petang tadi di sekitar kawasan sektor A.

Operasi mencari dan menyelamat SAR yang masuk hari ke sembilan akhirnya bakal melabuhkan tirainya apabila kesemua mangsa yang hilang sudah dijumpai pada hari ini.

Operasi yang bermula pada jam 8 pagi tadi telah disertai oleh pelbagai agensi dan badan unit beruniform.

Secara keseluruhan, seramai 92 mangsa telah terlibat dalam tragedi tanah runtuh berkenaan. 61 daripadanya telah terselamat dan 31 lagi yang lain terkorban.

Menurut Bernama lagi, kenderaan yang membawa mangsa terakhir insiden tanah runtuh Batang Kali sudah bergerak keluar pada 5.25 petang tadi menuju ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.

Sumber: BERNAMA