Siakap Keli
Kredit APM Selangor

Tanah Runtuh: Seorang Anggota APM Pengsan Dipercayai Keletihan Dalam Operasi SAR

Tanah Runtuh: Seorang anggota APM pengsan dipercayai keletihan dalam operasi SAR

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat SAR pada hari ini pengsan dipercayai akibat keletihan.

Menurut perkongsian Bernama, anggota APM tersebut telah terlibat dalam operasi SAR yang sudah memasuki hari kesembilan pada hari ini. Operasi yang bermula pada jam 8 pagi tadi sehingga kini masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan dan pertemuan terkini.

“Seorang anggota APM yang terlibat dalam operasi SAR hari kesembilan, hari ini pengsan dipercayai akibat keletihan,” tulis muat naik dari Bernama tersebut.

Operasi SAR tersebut menfokuskan kepada pencarian seorang lagi mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali tersebut.

Setakat ini seramai 33 mayat mangsa telah dikenal pasti oleh kaum keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka