Siakap Keli
Kredit: TikTok

“Negara Manakah…,” Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam Rancangan “Who Want To Be A Millionaire” India

“Negara Manakah…,” Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam Rancangan “Who Want To Be A Millionaire” India

Nama Anwar Ibrahim menjadi sebutan di India apabila Perdana Menteri Malaysia tersebut dijadikan sebagai salah satu soalan dalam rancangan realiti Who Want To Be a Millionaire India musim ke-14 baru-baru ini.

Who Want To Be A Millionaire India atau dikenali sebagai Kaun Banega Crorepati (KBC) dalam bahasa tempatan merupakan adaptasi rasmi bagi francais bagi siri rancangan realiti popular Who Want To Be A Millionaire untuk versi negara tersebut.

Dalam rancangan ini. peserta akan diajukan soalan oleh hos mengenai pengetahuan am dan setiap soalan memiliki nilai wang yang tertentu. Jika peserta berjaya menjawab soalan dengan tepat, peserta tersebut dapat memperoleh wang tersebut.

Bukan itu sahaja, semakin banyak soalan yang dijawab oleh peserta dengan tepat, semakin tinggi hasil pulangan yang bakal dibawa pulang oleh peserta tersebut.

Bagi episod KBC baru-baru ini, seorang peserta yang dikenali sebagai Nipun Rajan telah menyertai rancangan kuiz tersebut pada 23 Disember lalu.

Dalam episod tersebut, Nipun diminta untuk menjawab soalan ke-11 dalam rancangan Who Want To Be a Millionaire India (2022) iaitu, “Negara manakah yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada 2022?”.

Kredit: TikTok

Untuk makluman, soalan tersebut bernilai sebanyak 640,000 rupee (RM 34230.32) dan tampil dengan empat pilihan jawapan iaitu: (A) Iraq, (B) Malaysia, (C) Bahrain dan (D) Indonesia.

Kredit: TikTok

Pada asalnya, Nijun Rajan meletakkan jawapannya pada (B) Malaysia namun hos rancangan tersebut, Amitabh Bachchan kelihatan seakan-akan cuba untuk membuatkan dirinya tidak yakin dengan jawapan tersebut.

Kredit: TikTok

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut masih nekad untuk mengekalkan jawapannya dan berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul.

Walaupun berjaya menjawab soalan tersebut, pemuda tersebut terkandas pada soalan berikutnya.

Pada akhir rancangan, Nipun berjaya membawa pulang sebanyak 640,000 rupee (RM 34230.32) selepas terkandas di soalan 12 yang berbunyi, “Siapakah pengarah Oscar yang berkhidmat sebagai produser eksekutif filem bahasa Marathi iaitu The Disciple (2020) ?”

Untuk soalan tersebut, pemuda tersebut telah menggunakan dua talian hayatnya iaitu dengan menelefon rakannya dan menggugurkan dua jawapan dari soalan tersebut.

Walaupun telah menggunakan dua talian hayat dalam soalan tersebut, Nipun gagal untuk memberikan jawapan yang tepat dan terpaksa akur dengan jumlah pulangan sebanyak 640,000 rupee (RM 34230.32) sahaja.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada 24 November lalu.

@noahjacferr

Negara manakah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? #PMX #DSAI #PM10 #anwaribrahim #whowantstobeamillionaire #india

♬ original sound – Noah Jacferr – Noah Jacferr

BACA: Rasmi, Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, Angkat Sumpah 5 Petang Ini

Sumber: Who Want To Be A Millionaire India via TikTok  & Who Want To Be A Millionaire India Wikia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma