Siakap Keli
Kredit: Bernama

Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Dua Kereta

Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Dua Kereta

IPOH, 30 Dis (Bernama) — Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM208.6 Lebuhraya Pantai Barat, berhampiran Sitiawan hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.35 pagi dan pegawai serta anggota bersama sebuah jentera bomba digegaskan ke lokasi bagi menyelamat.

“Kemalangan didapati membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan Toyota Vios yang terbabas ke pembahagi jalan.

“Dua mangsa lelaki dalam Toyota Vios disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian penumpang manakala seorang lagi lelaki cedera selepas tercampak keluar dari kenderaan. Pemandu Proton Saga, juga seorang lelaki, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu anggota bomba memotong bahagian pintu kenderaan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya mayat dan mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak polis serta petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut manakala operasi menyelamat selesai pada 8.46 pagi.

BACA: Pelayan Restoran Maut Akibat Letupan Di Ampang

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma