Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Tengkorak Manusia Dijumpai Dalam Bungkusan Ke AS

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Pixabay

Empat Tengkorak Manusia Dijumpai Dalam Bungkusan Ke AS

MEXICO CITY, 31 Dis (Bernama) — Pihak berkuasa Mexico berjaya memintas sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City.

Guardia Nacional pada Jumaat memaklumkan empat tengkorak itu dibalut dengan kertas aluminium dan plastik sebelum diletakkan di dalam sebuah kotak kurier di lapangan terbang itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Empat tengkorak itu dipercayai dikirim dari Apatzingan, Michoacan dan dialamatkan ke bandar Manning, Carolina Selatan Amerika Syarikat, menurut Guardia Nacional dalam satu kenyataan.

Pasukan itu menjelaskan bahawa pengirim tidak memiliki permit yang sesuai untuk mengeksport tengkorak manusia.

Siasatan berhubung perkara berkenaan akan dijalankan.

BACA: Respon ‘Pelik’ Andrew Tate Selepas Ditahan Polis, Dakwa “The Matrix Telah Menghantar Ejen Mereka”

Sumber: Bernama