(Video) “Part Gelak Tu Real Betul…”, Buat Parodi Dialog Filem 80-an, Sketsa Abang Ni Bikin Netizen Terhibur
Filem-filem 80-an seperti Azura, Ali Setan, Gila-Gila Remaja dan sebagainya pernah mewarnai kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia pada satu ketika dahulu.
Memiliki keunikan yang tersendiri dan dibarisi pelakon-pelakon yang hebat pada zamannya, tak hairanlah filem-filem ini masih dikenali sehingga ke hari ini.
Antara ciri-ciri unik yang menyebabkan filem 80-an masih ditonton sehingga ke hari ini adalah jalan cerita, sudut rakaman dan terutamanya lontaran dialog yang ketara penggunaan bahasa bakunya.
Justeru, seorang anak muda, Fuad Nasir mendapat idea menghasilkan sketsa seakan-akan babak filem Melayu 80-an dan kemudian berkongsi hasil seni tersebut menerusi laman TikToknya.
Salah satu sketsa yang dihasilkan berkisar mengenai seorang pekerja bengkel memarahi rakannya kerana merendah-rendahkan sepupunya yang turut berkerja di bengkel tersebut.

Lakonan yang ditampilkan oleh para pelakon dalam sketsa tersebut memang betu-betul menjadi dan sangat menepati vibe filem-filem 80-an. Dengan lontaran dialog yang menyebut setiap perkataan sebutir-butir, penggunaan bahasa yang agak baku dan juga tingkah laku pelakon, sememangnya membawa kita ke era tersebut.
Menariknya, gelak tawa yang ditampilkan oleh Fuad Nasir dan salah seorang pelakon lain turut mirip dengan cara pelakon terdahulu melontarkan dialog ketawa.
Sketsa ini telah mendapat perjatian para warganet Malaysia dengan 848.3k tontonan, berserta 74.1k tanda suka, 5332 komen dan dikongsi sebanyak 2504 kali.
Rata-rata, para warganet sangat menukai skesta ini kerana membangkitkan nostalgia ketika membesar bersama filem-filem 80-an ini.



Inspirasi untuk hasil video sketsa ala-ala 80-an
Pihak Siakap Keli sempat menghubungi Fuad Nasir dan menemubualnya secara ringkas mengenai hasil tangannya di TikTok. Berdasarkan temu bual ringkas itu, Fuad telah terinspirasi untuk membuat video ala-ala era 80-an kerana ritma dan lantonan dialog yang agak unik.
“Saya kira di zaman sekarang ini, filem atau drama yang sudah tidak lagi begitu, ini membuatkan keunikan filem terdahulu sebagai satu satu kelainan pada zaman atau era sekarang.”
Dia dan rakan-rakannya turut meletakkan suntikan komedi lama dengan cara melepaskan dialog dan babak ketawa yang seolah-olah dibuat-buat.

Malah, Fuad Nasir bersama dua orang rakannya, Usop Gahai dan Wan Muhammad Hafiz juga tidak menjangka bahawa sketsa berkenaan mendapat sambutan pengguna media sosial dan menjadi tular dengan pantas.
Disebabkan sambutan yang mantap dari warga TikTok, idea untuk video konsep 80-an ini mungkin akan diteruskan lagi bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Pernah terlibat dalam dunia penciptaan kandungan dan industri komedi di Malaysia
Sebelum ini, Fuad Nasir juga pernah membuat video yang menampilkan loghat Negeri Sembilan dan akan sentiasa mencari idea baru untuk membezakan dirinya dan juga orang lain.
Dengan berbekalkan sedikit pengalaman berlawak di atas pentas besama kumpulan Gahai dan juga pernah menerbitkan beberapa rancangan komedi di televisyen
Akhir sekali, Fuad memberitahu Siakap Keli bahawa tiada perkara yang lama dan baharu dalam dunia seni. Cuma yang ada hanya sifat kreatif dan kelainan yang ditampilkan oleh para penggiat kandungan untuk mendapat tempat dalam hati masyarakat.
Bagi sesiapa yang belum menyaksikan video Fuad nasir, anda boleh menontonnya menerusi pautan di bawah.
@fuadnasirr Aku rasa menarik pulak tengok filem lama punya dialog so aku try la.. #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #shortmovie #videolama
BACA: (Video) Akhirnya Terjawab, Lelaki Ni Kongsi Bunyi Udang Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Fuad Nasir via TikTok