Siakap Keli
rumah usang bertukar wajah
Kredit: Tuah Kencana

“Kayu-Kayu Reput Diganti,” Terpegun Tengok, Abang Ni Kongsi Hasil Ubah Suai Rumah Usang Kepada Gaya Moden 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Kayu-Kayu Reput Diganti,” Terpegun Tengok, Abang Ni Kongsi Hasil Ubah Suai Rumah Usang Kepada Gaya Moden 

Siapa sangka dengan hanya bertanya pendapat di media sosial, ia memberi pertolongan serta inspirasi sekali gus memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dalam kehidupan.

Pada Jun 2020, seorang pengguna Facebook bernama Tuah Kencana membuat hantaran di kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini kerana dia ingin membaik pulih rumah miliknya yang terletak di Perak.

Dalam hantaran itu, dia meminta pendapat orang ramai dengan bertanyakan bagaimana caranya untuk mengubah suai serta mengepilkan beberapa gambar rumah usang untuk memberi gambaran kepada orang ramai.

Selepas dua tahun, hari ini Tuah Kencana membuat kemunculan semula dengan berkongsi kepada orang ramai, berkenaan rumahnya yang telah siap diubah suai dengan berkonsepkan kampung moden yang memaparkan seni di setiap sudut.

“Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dengan maklumbalas dan nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan,” katanya.

Rumah usang kepada rumah kampung moden

Kredit: Tuah Kencana
Kredit: Tuah Kencana

Tuah Kencana menceritakan pengalamannya dalam mengubah suai rumah usang untuk memberi inspirasi kepada pemilik rumah sepertinya atau rumah warisan lama, yang ingin membaik pulih rumah terbabit.

Disebabkan rumah tersebut berada dalam keadaan yang tidak stabil susulan usianya yang semakin meningkat, Tuah Kencana masih mahu mengekalkan struktur asal walaupun rata-rata kontraktor atau pelawat berkata ia perlu diruntuhkan.

Kredit: Tuah Kencana

“Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya!

“Ya, memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi,” katanya dalam hantaran pada Ahad.

Difahamkan, sebahagian lantai tingkat atas telah dibuka dan dibina semula untuk memberi padanan kepada konsep siling tinggi yang meningkatkan ruang pengudaraan.

Kredit: Tuah Kencana

“Kayu kayu reput diganti dan tingkap tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semulajadi.

“Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk. Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur,” tambahnya.

Segmen dekorasi

Bagi mengekalkan konsep melayu tetapi moden itu, Tuah Kencana banyak merujuk kepada laman web Pinterest yang merupakan lubuk untuk orang ramai mencari idea berkenaan semua termasuk rumah.

“Konsep rumah adalah boho Scandinavian. Taman-taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri yang juga merupakan inspirasi dari Pintrest juga.

Kredit: Tuah Kencana

“Setelah enam hingga tujuh bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stres dan sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan,” katanya.

Sekiranya melihat pada gambar, sudah pasti apa yang terdetik dalam fikiran orang ramai adalah berkenaan dengan kos pengeluaran.

Namun bagi Tuah Kencana, dia mengharapkan wang ringgit tidak menjadi penghalang untuk mengubah rumah warisan.

“Kos itu memang banyak tetapi saya harap jangan di nilai dari segi wang ringgit sebab ia sepatutnya bukan penghalang untuk kita baik pulih rumah warisan,” katanya kepada Siakap Keli.

Kata-kata wargamaya

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Sumber: Verandah & Loft & Tuah Kencana via Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana