Siakap Keli
tips gam kasut
Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Tapak Kasut Selalu Tertanggal? Ini Tips Gam Kasut Dengan Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti anda pernah berasa rimas apabila tapak kasut mudah tertanggal walaupun telah digam banyak kali, kan? Nak hantar pergi kedai kasut, perlu tunggu lama pula disebabkan pesanan yang banyak.

Jadi terpaksa gam sendiri, tetapi bila gam sendiri lain pula masalahnya, gam pula tak tahan lama. Rosak pula kualiti kasut jika digam banyak kali.

Tidakkah anda pelik, jika hantar pergi kedai gam kasut seakan-akan tahan lama, tetapi jika digam sendiri, ia hanya tahan beberapa minggu sahaja.

Justeru anda perlu peka kerana cara dan bahan yang digunakan untuk gam kasut tersebut perlu dilakukan dengan teknik yang betul.

Susulan daripada itu, Muhammad Faris Abdullah di laman Facebook ‘Tukang Apa Hari Ini’ telah berkongsi tips untuk memasang gam pada kasut.

Yang pertama, anda perlu pastikan tapak kasut bersih, pastikan tidak ada pasir atau apa-apa jenis kotoran. Keringkan kasut dan jangan biarkan ia basah.

tips gam kasut
Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Seterusnya, sapukan gam pada kedua-dua tapak atau bahagian kasut yang akan dicantum (tapak dan kasut).

Perkara penting, sapukan pada kedua-dua, jangan samakan gam kasut dengan ‘super glue’. Hal ini kerana kalau disapu pada satu bahagian sahaja, risau gam tersebut tidak menjadi.

Lebih disarankan untuk menggunakan berus ketika menyapu gam pada kasut.

tips gam kasut
Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Selepas proses itu, biarkan kasut selama 30 minit atau dalam erti kata lain, biarkan gam pada kasut kering terlebih dahulu.

Dinasihatkan juga supaya jangan terus cantumkan kasut dengan tapak sejurus selepas sapuan. Ditegaskan sekali lagi bahawa gam kasut tidak sama dengan ‘super glue’.

tips gam kasut
Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Jadi, selepas kedua-dua permukaan sudah kering, gabungkan. Biarkan selama 24 jam, perkara ini akan menyebabkan ia kering dengan sempurna dan gam bercantum dengan kuat.

Selepas itu, anda bebas untuk menggunakannya dan ia dianggarkan boleh tahan selama enam sehingga 12 bulan, tetapi semuanya bergantung kepada cara penggunaannya.

“Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak! Semoga bermanfaat,” pesannya.

tips gam kasut
Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Kenapa tak hantar kasut ke kedai kasut?

Menurut pendapat peribadi Muhammad Faris Abdullah, dia bertindak untuk gam kasut sendiri kerana terpaksa menunggu lebih kurang sebulan untuk mendapat giliran ekoran daripada pesanan yang banyak terpaksa disiapkan oleh tukang kasut.

Yang kedua, dia cenderung untuk bertukang sendiri. Tambahnya, ia hanya gam kasut dan bukannya membina sebuah rumah.

Dalam kesempatan itu, dia juga mengatakan bahawa teknik dan cara gam kasut juga perlu dilakukan dengan betul. Jika dilakukan sembarangan atau salah guna teknik, ia tidak akan tahan lama.

Seterusnya, pakai gam kasut jenis Contact Adhesive (CA). Hal ini kerana gam tersebut berbeza daripada ‘super glue’. Difahamkan gam CA ini bersifat seperti getah; kenyal dan kalis air.

tips gam kasut
Kredit: Muhammad Faris Abdullah

Justeru, gam ‘super glue’ tidak disarankan untuk kasut kerana sifatnya yang cepat kering, keras dan mudah tanggal. Dalam perkongsian itu juga, Muhammad Faris Abdullah turut sertakan bahan yang dia gunakan.

“Bahan: Gam Dunlop Kuning. Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat Shopee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama.”

Jadi, lepas ini tidak payah hantar kasut ke kedai kasut, sendiri boleh buat. Jimat kos, jimat masa!

Sumber: Muhammad Faris Abdullah | Tukang Apa Hari Ini

Florence Nuar