Siakap Keli
Kredit: Must Shared News

Untung Naik 226 %, Syarikat Minyak Korea Umum Bonus 120 Bulan Gaji Untuk Pekerjanya

Syarikat Minyak & Gas Asli Korea Selantan Umum Bonus Sebanyak 120 bulan Kepada Pekerja

Hyundai Oilbank dilaporkan telah mengumumkan bonus lumayan kepada pekerjanya, iaitu sebanyak 1000 peratus lebih daripada gaji pokok selepas mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 226% pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan laporan tersebut, syarikat petroleum dan dan kilang penapisan berpangkalan di Korea Selatan itu telah menjana keuntungan kira-kira 2.8 trilion Won.

Bonus sebanyak 1000 peratus yang diberikan itu dikatakan bersama dengan kira-kira 120 bulan gaji yang layak diterima oleh stafnya.

Walaupun Hyundai Oilbank sebelum ini tidak pernah mendedahkan nilai bonus yang diberikan kepada para pekerjanya secara spesifik, namun ada laporan yang menyebut bahawa stafnya pernah menerima bonus sebanyak 600 peratus lebih tinggi dari gaji pada 2021.

Ini bermaksud, setiap pekerja menerima sebanyak 121 juta Won (RM 417,777) secara purata pada waktu itu.

Kredit: Newsworld

Nilai bonus yang lumayan ini berpunca dari lonjakan harga runcit minyak global yang didorong oleh pencerobohan berpanjangan Rusia ke atas Ukraine dan permintaan yang lebih besar terhadap bekalan tenaga pada musim sejuk.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan gabungan negara pengeluar minyaknya juga baru-baru ini memutuskan untuk mengekalkan dasar untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 2 juta tong sehari.

Ini telah mengurangkan bekalan minyak di pasaran dan membawa kepada peningkatan harga minyak diperingkat global.

Selain Hyundai Oilbank, beberapa syarikat minyak dan gas asli lain turut mencatakan kadar bonus yang serupa.

Tiga syarikat peroleum dan kilang penapisan seperti SK Energy, S-Oil, dan GS Caltex bakal mengumumkan nilai bonus mereka tidak lama lagi.

Kredit: SK innovation

Bukan itu sahaja, seorang pekerja dari syarikat petroleum yang dirahsiakan namanya menyatakan bahawa nilai bonus yang diterima pekerja syarikat tersebut masih belum lagi diputuskan.

Bonus yang diterima oleh syarikat terbabit dijangkakan memiliki kadar yang lebih kurang sama dengan Hyundai Oilbank, jelas pekerja tersebut.

Pada 2022, SK Energy dan GS Caltex telah memberikan penghargaan kepada pekerjanya dengan pemberian bonus sebanyak  1,000% daripada nilai gaji tahunan mereka.

Manakala S-Oil membuat kejutan dengan membayar 1,400% daripada gaji tahunan pekerjanya sebagai bonus untuk tahun tersebut.

Walau bagaimanapun, disebabkan pendapatan luar biasa yang diterima oleh syarikat-syarikat tersebut, terdapat kemungkinan bahawa syarikat-syarikat tersebut bakal dikenakan cukai yang agak tinggi oleh kerajaan.

BACA: Penjawat Awam Wajar Diberi Bonus Satu Bulan Setengah Gaji – Cuepacs

Sumber: Must Shared News, Korea Herald

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma