Siakap Keli
pm saran rakyat ambil dos penggalak
Gambar: BERNAMA

PM Saran Rakyat Ambil Dos Penggalak, Jangkitan Masih Belum Tamat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan orang ramai untuk mengambil dos penggalak susulan dengan penemuan varian baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini.

Kata Anwar,  jemaah menteri memutuskan tanpa ragu bahawa kesihatan rakyat adalah hal utama, oleh itu kemasukan warga asing di imigresen juga akan dikawal lebih ketat serta dipantau dengan telus.

“Kita harus pantau mengikut keperluan dan kepentingan kita. Malaysia tidak diskriminasi pelancong dari mana-mana negara, namun keselamatan rakyat dan negara diutamakan.

“Mula dengan wartawan, yang belum mengambil booster boleh ambil bermula Januari kerana jangkitan ini belum menentu dan belum tamat,” katanya dalam satu sidang media pada Rabu.

Sehubungan itu, Anwar berkata kawalan kemasukan negara akan diperketatkan tetapi akan dilakukan terhadap semua pelancong dari pelbagai negara.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: siaran langsung Perdana Menteri / Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana