Siakap Keli
Kredit: Isaac Fontana/ EFE

Presiden FIFA Cadangkan Semua Negara Jadikan Pele Nama Stadium

Presiden FIFA Ingin Setiap Negara Letak Nama Pele Pada Stadium Tanda Penghormatan

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino bercadang untuk meminta setiap negara menamakan sebuah stadium bola sepak dengan nama Pele sebagai tanda penghormatan kepada legenda tersebut.

Mendiang yang meninggal dunia pada minggu lepas menjadi satu satunya pemain yang berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjadi legenda dalam sukan bola sepak di seluruh negara.

Ketika beliau ditemuramah oleh wartawan Steve Scott beliau telah menyatakan hasratnya untuk setiap negara membina sebuah stadium atas nama permain tersebut.

”Kami akan meminta setiap negara di dunia menamakan salah satu stadium bola sepak mereka dengan nama Pelé.”

Tambahnya, ia adalah penting untuk generasi muda dan lebih baharu mengetahui tentang Pelé. Ia juga untuk membantu mereka mengingati banyak pencapaian dan sumbangan Pelé bukan sahaja dalam bola sepak tetapi masyarakat dan budaya.

Walaupun ia dianggap sebagai usaha murni dalam memberikan penghargaan kepada Raja Bola Sepak itu, namun perkara berkenaan mungkin mustahil untuk dilakukan.

Ini kerana banyak proses yang perlu dipertimbangkan selain membabitkan banyak pihak berkepentingan. Apatah lagi menamakan sesebuah stadium dengan nama individu asing adalah suatu perkara yang luar biasa dan mungkin tidak akan diterima dengan baik oleh warga tempatan.

Sumber: Soccer, @stevescott via Twitter

Shafikah