Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Presiden FIFA, Gianni Infantino “Selfie” Sebelah Keranda Pele
Presiden FIFA Gianni Infantino bergambar bersama rakan dan keluarga Pele di sebelah keranda pemain lagenda bola sepak Brazil yang sedang terbuka pada awal minggu ini, lapor Mirror.
Infantino kini dilaporkan berada di Brazil untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pele, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat menghidapi kanser kolon sejak beberapa tahun yang lalu.
Presiden FIFA itu adalah antara ribuan orang yang telah mengembara ke Brazil untuk memberi penghormatan terakhir ke atas penyerang ikonik itu yang kini berada di padang kelab lamanya, Santos.
Bersama-sama dengan ketua konfederasi bola sepak Amerika Selatan dan Brazil, Infantino adalah antara yang pertama memberi penghormatan kepada Pele, yang dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.
Infantino kemudiannya dilihat bergambar bersama beberapa orang lain untuk berswafoto di sebelah keranda mendiang. Kakak Pele juga dipercayai berada dalam gambar yang diambil tersebut.

Ia berlaku sejurus selepas Infantino dilihat cuba menenangkan balu Pele, Marcia Aoki dan anaknya Edinho.
Menurut Mirror, dipercayai kesemua gambar itu diminta sendiri oleh keluarga atau rakan Pele yang hadir sewaktu proses pengebumian itu.
Presiden FIFA itu juga telah mengeluarkan kenyataan dan menyeru 211 persatuan bola sepak kebangsaan untuk menghormati Pele dengan menamakan semula stadium bola sepak dengan nama mendiang.
“Kami juga akan meminta setiap negara di dunia untuk menamakan salah satu stadium bola sepak mereka dengan nama Pele,” beritahu Infantio kepada pemberita di Santos.
Walau bagaimanapun, idea itu telah dicemuh oleh peminat dalam talian, yang telah menunjukkan ketidakpraktisan idea dari Infantino berkenaan.
Selepas penghormatan terakhir dalam tempoh 24 jam, Pele akan dikebumikan selepas perarakan pada hari Selasa. Keranda mendiang telah berada di Estadio Urbano Caldeira sejak malam Ahad lalu. Beberapa rakan pasukannya yang terdahulu di Brazil dan Santos dijangka melawatnya sebelum pengebumian.
Sumber: Mirror