Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tesla Terhumban 250 Kaki Dari Tebing, Semua Mangsa Dilapor Terselamat

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kredit CNN

Tesla Terhumban 250 Kaki Dari Tebing, Semua Mangsa Dilapor Terselamat

Dua orang dewasa dan dua lagi kanak-kanak berjaya terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Tesla yang dinaiki terjunam kira-kira 250 kaki dari tebing Lebuhraya Pantai Pasifik California, lapor CNN.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada pagi Isnin di sebuah kawasan yang dipanggil sebagai Devil’s Slide, kira-kira 20 batu di selatan San Francisco.

“Kami sangat terkejut apabila mendapati mangsa di dalam kereta itu terselamat dalam kemalangan tersebut,” kata Brian Pottenger, Ketua Batalion Daerah Perlindungan Kebakaran Tepi Pantai Cal Fire.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Kemalangan di tebing itu bukanlah satu perkara yang jarang berlaku. Kami sering memberi tindak balas terhadap kemalangan di terbing itu.

“Apa yang buat kami terkejut adalah mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini terselamat dan ini sangat jarang berlaku,” kata Brian kepada CNN.

Menurut Brian lagi, mangsa dalam kereta itu seramai empat orang, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak sembilan tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan empat tahun.

Kredit San Mateo County Sheriff’s Office

Kedua kanak-kanak itu terselamat dan berada di tempat duduk keselamatan khas untuk kanak-kanak yang masih kekal utuh dan terpasang sewaktu kejadian berlaku.

Pegawai penyiasat berkata, kereta sedan Tesla putih empat pintu itu sedang bergerak ke arah Selatan di Lebuhraya 1 di Terowong Tom Lantos antara Pacifica dan Montara sebelum terbabas ke tebing tersebut.

Jurucakap Peronda Lebuhraya California berkata, mereka percaya bahawa sewaktu kejadian, ciri pandu sendiri tidak digunakan oleh mangsa kemalangan tersebut.

Anggota Bomba yang berada di tempat kejadian telah melihat keadaan kereta mangsa dengan menggunakan teropong pemerhati.

“Ketika kami melakukan itu, kami dapat melihat pergerakan di tempat duduk hadapan melalui cermin depan. Jadi kami tahu bahawa terdapat mangsa yang masih hidup,” kata Brian lagi.

Keempat-empat mangsa berada dalam keadaan sedar sewaktu pihak bomba sampai di lokasi kejadian. Kru telah membebaskan dua kanak-kanak itu dan kemudiannya menggunakan tali mengangkat mereka ke atas tebing. Seterusnya dua lagi mangsa lelaki dan wanita dewasa diangkat ke tempat yang selamat.

Kredit San Mateo County Sheriff’s Office

Pejabat Syerif San Mateo berkata pada hari Isnin bahawa dua orang dewasa itu mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa manakala dua kanak-kanak tersebut tidak alami kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Stanford untuk mendapatkan rawatan.

Identiti mangsa tidak didedahkan namun hanya menyatakan bahawa keempat-empat mangsa adalah satu keluarga.

Pegawai penyiasat masih menyiasat kemalangan dan punca kepada kemalangan tersebut.

Sumber: CNN