Pelajar Jadi Jutawan Segera, Kaut Untung Jutaan Ringgit Dengan Hanya Jual “Selfie”
Seorang pelajar di Indonesia secara tidak sengaja menjadi jutawan selepas menjual swafotonya sebagai token tidak boleh digunakan (NFT), lapor Business Insider.
NFT ialah aset digital unik yang mewakili pemilikan item dunia sebenar dalam bentuk gambar.
Pelajar yang bernama Sultan Gustaf Al Ghozali, 22, belajar dalam bidang sains komputer di sebuah kolej di Indonesia itu telah mengambil gambar dirinya duduk di hadapan komputernya setiap hari selama lima tahun, lapor France24.
Gambar yang dijual Ghozali menunjukkan dia menatap kamera dengan ekspresi muka yang tersendiri.
Ghozali pada awalnya berhasrat untuk menggunakan swafotonya untuk mencipta video ‘time-lapse’ tamat pengajiannya. Namun kemudiannya dia telah memutuskan untuk menjual semua swafotonya sebagai NFT.
Dia telah menyenaraikan sebanyak 933 swafotonya ke dalam platform dagangan OpenSea dengan tajuk “Ghozali Everday”.
“Saya fikir ia mungkin lucu jika salah seorang pengumpul mengumpul gambar muka saya,” kata Ghozali kepada pemberita di kampus universitinya di Semarang, lapor France24.
“Saya tidak pernah terfikir sesiapa mahu membeli swafoto itu, sebab itu saya hanya meletakkan harga sebanyak USD3 (RM13),” katanya lagi.
Gambar Ghozali mula mendapat perhatian selepas seorang chef selebriti membeli beberapa keping gambar tersebut sebelum mempromosikannya di akaun media sosial miliknya.
Uploading my photo into nft lolhttps://t.co/E3Q4sBmN26#NFT #opensea pic.twitter.com/rD51rdcpzp
— Ghozali (@Ghozali_Ghozalu) January 10, 2022
Sejak itu, lebih 500 pengguna telah membeli swafoto Ghozali dan beberapa pengikutnya telah membuat t-shirt yang memaparkan gambarnya. Terdapat juga pengguna telah mencipta lagu tentang swafoto Ghozali tersebut.
Koleksi Ghozali telah mencapai jumlah dagangan sebanyak 384 eter atau bersamaan dengan lebih daripada USD1 juta (RM4.4 juta).
“Hari ini lebih 230 gambar telah terjual dan sehingga kini saya tidak faham mengapa anda mahu membeli gambar NFT saya. Tetapi saya berterima kasih kepada anda untuk menjayakan usaha selama lima tahun saya,” tulisnya di Twitter.
today sold more than 230+
and until now I don't understand why you want to buy #NFT photos of me !!!but i thank you guys for 5 years of effort paid off pic.twitter.com/nHZJnowCMC
— Ghozali (@Ghozali_Ghozalu) January 11, 2022
Pelajar itu juga meminta kepada pembeli untuk tidak “menyalahgunakan” gambarnya atau menyunting gambar itu sesuka hati.
Ghozali juga berhasrat dengan hasil yang diperolehinya dia mahu melabur dan seterusnya mempunyai studio animasinya sendiri.
Sumber: Business Insider