Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pengembara Dari China Tidak Perlu Keputusan Negatif Untuk Masuk Ke New Zealand

Pengembara Dari China Tidak Perlu Keputusan Negatif Untuk Masuk Ke New Zealand

New Zealand mengumumkan bahawa pengembara dari China tidak perlu untuk menunjukkan keputusan negatif ujian COVID-19 ketika memasuki negara tersebut.

Menurut Menteri Hal Ehwal COVID-19, Ayesha Verrall dalam satu kenyataan, penilaian risiko kesihatan awam telah membuat kesimpulan bahawa kehadiran pengunjung dari China tidak akan mencetuskan lonjakan kes secara ketara di negara itu.

Sementara itu, semua penumpang yang tiba di pintu masuk antarabangsa di lapangan terbang New Zealand hanya diminta melakukan ujian COVID-19, sekiranya mengalami simptom dan ujian boleh diambil secara percuma.

Manakala, pengembara dari China pula diminta untuk melakukan ujian berkenaan secara sukarela dalam usaha pihaknya untuk mengumpul lebih banyak maklumat.

Tindakan ini sekali gus mencerminkan keprihatinan New Zealand bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) diatas kebimbangan berkenaan kekurangan maklumat mengenai situasi COVID-19 yang dikongsikan oleh China.

New Zealand turut merancang untuk menguji sisa air kumbahan dari penerbangan antarabangsa bagi melihat sama ada ia dapat menggantikan ujian bersasar dalam kalangan penumpang ataupun sebaliknya.

Pada masa yang sama, beberapa negara termasuklah Britain, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia telah mewajibkan para pelancong dari China untuk menunjukkan keputusan ujian negatif COVID-19  sebelum memasuki negara-negara tersebut.

Langkah ini diambil adalah untuk mengekang wabak tersebut serta merasa kurang yakin dengan statistik kesihatan yang dikeluarkan di Beijing, khususnya data jangkitan wabak tersebut buat masa ini.

Tindakan itu telah mengundang kritikan daripada kerajaan China yang menyifatkannya sebagai satu diskriminasi terhadap rakyatnya.

Terdahulu, jangkitan COVID-19 di China telah meningkat secara drastik selepas negara tersebut memansuhkan dasar sifar COVID-19 ketat kepada rakyatnya pada 7 Disember sekali gus, menyebabkan virus tersebar luas tanpa persediaan yang rapi.

BACA: China Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pelancong Warganya, Janji Bertindak Balas

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.