Siakap Keli
putera harry bunuh 25 orang
Gambar: AFP

Putera Harry Dedah Bunuh 25 Orang Ketika Bertugas Di Afghanistan, Anggap Hanya Buah Catur

Putera Harry Dedah Dirinya Pernah Bunuh 25 Orang Di Afghanistan

Duke of Sussex, Putera William, 38, mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan bahawa telah membunuh 25 orang, dipercayai anggota Taliban, ketika bertugas di Afghanistan sebagai anggota tentera. Pendedahan tersebut dibuat menerusi bukunya, Spare, lapor The Telegraph.

Katanya, sepanjang berada disana beliau telah terlibat dalam enam misi yang meyebabkan dirinya terpaksa mengambil tindakan ‘menyabut’ nyawa manusia. Walaupun tindakan berkenaan bukanlah satu perkara yang dibanggakannya, namun dia juga tidak merasa malu melakukan perkara tersebut.

Salah satu sebab mengapa beliau tidak merasa bersalah dengan tindakan tersebut kerana beliau tidak dapat melupakan tragedi 9/11 di New York. Tragedi berkenaan menjadi titik tolak Amerika Syarikat dan beberapa negara sekutunya menyerang Afghanistan.

Dalam buku tersebut lagi, Harry mendedahkan bahawa pegawai-pegawai tentera disana sering memberitahu bahawa anggota Taliban yang dibunuh bukanlah manusia, sebaliknya hanyalah buah catur yang dikeluarkan daripada papan catur.

Puteri Harry bertugas sebagai pengawal udara hadapan dalam Tentera Darat British dari tahun 2007-2008 dan menjadi juruterbang helikopter penyerang pada tahun 2012-2013.

Ini merupakan kali pertama beliau membuat pendedahan secara terperinci mengenai rekod perkhidmatannya serta jumlah anggota Taliban yang dibunuh.

Maklumat tersebut menyebabkan banyak pihak merasa bimbang dengan keselamatan anggota keluarga diraja British itu yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pengganas selepas ini.

Tahun lepas, beliau telah mengambil tindakan undang-undang ke atas keputusan Istana untuk tidak menyediakan perlindungan dari anggota polis secara sepenuhnya kepada dirinya dan ahli keluarga ketika melawat UK.

Peguamcara mengatakan bahawa anak guamnya “tidak merasa selamat” ketika dirinya berada di UK apabila beliau dan isterinya melepaskan jawatan sebagai kerabat diraja.

Buku Putera Harry, Spare mula dijual di beberapa negara

Untuk makluman, Spare telah mula dijual di Sepanyol dan beberapa pihak sempat mendapatkan naskah tersebut dalam versi bahasa Sepanyol di kedai buku berdekatan.

Kredit: Penguin

Buku tersebut turut menceritakan pengalaman-pengalaman lain semasa bertugas di Afghanistan bagaimana dirinya perlu menonton video bagi setiap pembunuhan, selepas pulang ke markasnya.

“Saya telah menetapkan matlamat saya sejak hari pertama iaitu, sebelum masuk tidur, saya akan berfikir dahulu sama ada apa yang saya lakukan ini adalah tindakan yang tepat ataupun sebaliknya.

“Saya berfikir sama ada saya telah menembak pejuang Taliban dan hanya melibatkan pejuang Taliban sahaja, tanpa melibatkan orang awam di sekitarnya. Saya mahu kembali ke Great Britain dengan semua kudrat saya, tetapi saya juga mahu pulang dengan hati yang kental.”

Kredit: AFP

Beliau turut menjelaskan, anggota tentera biasanya tidak dapat mengetahui berapa jumlah musuh yang dibunuhnya dengan tepat. Namun teknologi pada masa kini dapat merekodkan jumlah tersebut dengan tepat.

BACA: Syamsul Yusof Kongsi Berita Gembira, Sah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Sumber: Telegraph, Insider

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma