Siakap Keli

Ditanya Berdosa Ke Pemain Bola Tak Main Untuk Negara Bila Dipanggil? Ini Jawapan Padu UAI

Ditanya Berdosa Ke Pemain Bola Tak Main Untuk Negara Bila Dipanggil? Ini Jawapan Padu UAI

Demam bola sepak sememangnya berterusan, khususnya buat peminat bola sepak tempatan biarpun Piala Dunia sudah pun berakhir. Ini kerana, tak lama selepas Piala Dunia melabuhkan tirainya, kita disajikan dengan Piala AFF Mitsubishi 2022 melibatkan Harimau Malaya pula.

Lebih mengujakan, skuad kebangsaan berjaya menampilkan aksi baik setakat ini hingga berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dan bakal membuat perhintungan dengan Thailand sebentar lagi.

Begitupun, sebelum ini turut kecoh di media sosial apabila beberapa orang pemain bola sepak tidak dapat menyahut panggilan untuk mewakili negara ke kejohanan ini.

Persoalan ini menyebabkan ada juga yang tertanya-tanya, adakah berdosa bagi seseorang pemain yang tidak bermain untuk negara apabila namanya dipanggil untuk melaksanakan tugas tersebut?

Soalan yang sama kemudiannya diajukan kepada penceramah terkemuka tanah air, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dikenali sebagai UAI.

Untuk menjawab persoalan itu, UAI memberikan satu contoh untuk menggambarkan situasi tersebut, misalnya seorang pemain bola sepak dari Kuala Nerus FC telah dipanggil untuk bermain bersama pasukan Malaysia dalam satu perlawanan penting.

Namun, pemain tersebut mengalami kekangan apabila pengurus Kuala Nerus FC menghalang dirinya untuk mewakili negara, atas sebab-sebab tertentu.

Dalam ceramah tersebut, UAI bertanya kepada tetamu yang hadir, adakah pemain tersebut berdosa kerana tidak bermain untuk negara.

Jawapan UAI disifatkan sangat mudah iaitu, tiada apa-apa hukum syarak terlibat membabitkan situasi yang dihadapi pemain tersebut.

“Main tak dapat pahala, tak main pun tak dapat dosa,” kata UAI.

Kata UAI, bermain bola sepak ini disifatkan sebagai satu pemainan sahaja. Dari persepektif lain, ia juga dikira sebagai perkara lagho atau perkara yang melalaikan.

“Bermain untuk negara bukanlah perkara sunat. Tidak bermain untuk negara pun tidak haram.”

@iqbalbokri

#ustazazharidrus #uai #ceramahagama #semogabermanfaat #fyp

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Pada akhir ceramah tersebut, UAI mengingatkan semua yang bersukan atau bermain bola sepak agar tidak melanggar hukum-hukum agama seperti tidak menutup aurat dan meninggalkan solat.

BACA: Usahakan 5 Inisiatif Ini Untuk Harimau Malaya Dalam Sebulan, Menteri Mohon Maaf Jika Masih Ada Kekurangan

Sumber: iqbalbokri via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma