Tular, Kelahiran Bayi Bermata Satu Di Yaman Cetus Perbualan Hangat Di Seluruh Dunia
Seorang bayi lelaki bermata satu dilaporkan telah dilahirkan di Yaman namun meninggal dunia tujuh jam selepas dia selamat dilahirkan, lapor Detik.com.
Kelahiran bayi itu menjadi bualan topik hangat di dunia berikutan dia hanya mempunyai satu soket mata dan satu saraf optik.
Gambar bayi yang dilahirkan pada Mac 2022 lalu pertama kali dimuat naik di media sosial dan menjadi tular dibuat oleh seorang wartawan dari Yaman Karim Zarai. Menurut laporan itu lagi, bayi itu dilahirkan di Al Bayda, Yaman Tengah.
“Ini adalah kes yang jarang berlaku di dalam mitologi Yunani,” kata Zarai seperti dalam laporan Gulf News.
Walau bagaimanapun, bayi kecil itu hanya bertahan selama tujuh jam sebelum pada akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya. Mengapa bayi itu meninggal dunia masih tidak diketahui dengan pasti oleh sebab faktor apa.

Keadaan bayi yang dilahirkan dengan satu mata itu dikenali sebagai ‘cyclopia’ dalam dunia perubatan. Kelahiran ini adalah keadaan cacat yang dianggap sebagai salah satu kes yang jarang berlaku di dunia.
Cyclopia juga dikenali sebagai alobar holoprosenphaly di mana keadaan kesihatan seperti ini kebiasaannya berlaku pada 1 dalam 100 ribu bayi yang baru lahir.
Berdasarkan laporan Healthline, cyclopia berlaku apabila otak depan tidak membahagi dengan sepenuhnya. Selalunya juga, keadaan seperti ini akan menyebabkan keguguran atau kelahiran yang dilahirkan akan mati sejurus dilahirkan.
Bayi yang dilahirkan sebagai cyclopia bukan sahaja mempunyai sebelah mata dan dalam beberapa kes bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini biasanya mempunyai masalah kesihatan lain akibat kecacatan otak dari awal kehamilan lagi.
Sumber: Detik.com