Siakap Keli
Dua Lelaki Ditahan Angkut Daun Ketum
Gambar: Bernama

Dua Lelaki Ditahan, Disyaki Angkut Daun Ketum Bernilai RM20,000 Guna Lori Simen

Dua Lelaki Ditahan, Disyaki Angkut Daun Ketum Bernilai RM20,000 Guna Lori Simen

PASIR MAS —  Cubaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas dua lelaki ditangkap ekoran menggunakan lori simen untuk membawa masuk daun ketum bernilai RM20,000 di Jalan Batu Enam, Batu Melintang, Jeli semalam.

Memetik Sinar Harian, sebuah jentera berat yang dipandu dalam keadaan mencurigakan telah dikesan oleh pihak berkuasa pada jam 4 pagi.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, sebanyak 200 bungkusan hitam yang mengandungi daun ketum seberat 2,000 kilogram ditemui dalam lori berkenaan selepas hasil pemeriksaan dilakukan.

“Kami juga menjumpai satu botol plastik lut sinar yang mengandungi cecair keperangan disyaki air ketum.

“Kita telah tahan kedua-dua suspek yang berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut,” maklumnya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) hari ini.

Tambahnya, bekalan daun tersebut dipercayai telah diambil dari negeri utara bagi pasaran tempatan.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek turut mendapati positif dadah dan bakal direman selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa, lapor Sinar.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

BACA JUGA: Bau Tak Tahan Lama ? Ketahui Cara Sembur Minyak Wangi Pada Bahagian Tubuh Yang Betul

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Lebih Sejuta Tontonan, “Siuu” Tiga Kali Faisal Halim Ketika Rai Jaringan Raih Perhatian Netizen Luar Negara

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?