Siakap Keli
impian beli rumah
Gambar Hiasan: Bernama, Mah Sing

OPR Naik Lagi? Hakikat Nak Beli Rumah Tahun 2023, Rupanya Boleh Elak Kenaikan Ansuran Bulanan

Semakin kita meningkat dewasa ni, sudah semestinya banyak impian yang kita nak realisasikan sendiri. Selain daripada membahagiakan keluarga dan juga mendirikan rumah tangga, memiliki rumah sendiri memang salah satu impian terbesar bagi setiap orang. Apa tidaknya, banyak kebaikan diperolehi seperti tak perlu bayar sewa setiap bulan.

Daripada menyewa bilik atau rumah dengan orang lain, lebih baik terus bayar bulanan untuk rumah sendiri. Sedar tak sedar, akhirnya rumah itu jadi milik kita sendiri. Baru rasa puas hati dengan diri sendiri.

Bila cakap tu nampak macam senang je kan perancangan nak beli rumah ni. Namun, ada banyak kebimbangan yang orang ramai perlu fikir untuk membeli rumah ni tau. Terutama sekali pada tahun 2023 ni.

Kebimbangan utamanya adalah kenaikan OPR. Hal ini kerana, ansuran bulanan kita secara tak langsung pun meningkat apabila OPR diumumkan meningkat. Sebenarnya, ada cara yang korang perlu tahu daripada terkesan dengan kenaikan OPR bila korang nak beli rumah.

Kalau korang nak tahu, caranya adalah dengan memastikan pinjaman perumahan yang korang buat adalah pada kadar tetap dengan nilai yang lebih rendah. Untungnya buat semua orang, inilah yang ditawarkan oleh Mah Sing sebenarnya. Untuk yang tak tahu, mereka tawar fixed rate bermula serendah 3.3%.

Lebih menarik lagi, ada cara bayaran berperingkat dengan penjimatan lebih banyak sehingga 30% pada bayaran bulanan korang. Selain itu, ada juga tarikan dan insentif menarik yang korang boleh dapat sekali.

Menarik betul bila dapat peluang macam ni kan. Terdapat banyak jenis ganjaran tambahan untuk korang mulakan proses pemilikan rumah. Korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah bila berkongsi tentang rumah Mah Sing yang korang telah beli. Barulah akan ramai lagi yang tahu.

Untuk memudahkan korang kenal lebih, Mah Sing ni sebenarnya ialah salah satu syarikat pemaju hartanah yang terkemuka di Malaysia. Seperti yang ditulis dalam laman web, Mah Sing komited untuk mencipta kehidupan masa depan yang meningkatkan kualiti hidup.

Rasa lebih tenang kan bila dah dapat tahu cara yang mudah dan menjimatkan ni, Dengan Mah Sing, korang tak perlu risau lagi tentang kenaikan OPR yang dijangka berlaku dua kali pada tahun 2023 ini. Oleh itu, bayaran ansuran bulanan korang tak akan sama sekali dipengaruhi OPR jika pinjaman perumahan korang adalah fixed rate.

Untuk lebih lagi maklumat, korang boleh terus lawat laman web ni, https://www.mahsing.com.my/secured/ 

Nor Fakhry