Siakap Keli
Mechamato Dahului Carta Undian
Gambar: Nizam Abd Razak

Berlangsung Hingga Feb Ini, Mechamato Dahului Carta Undian Anugerah Anime Tokyo 2023

Berlangsung Hingga Feb Ini, Mechamato Dahului Carta Undian Anugerah Anime Tokyo 2023

TOKYO — Filem animasi tempatan, Mechamato terbitan Animonsta Studios semakin menempa nama di bumi Jepun selepas berjaya mendahului carta undian daripada 100 animasi terbaik dalam Festival Anugerah Anime Tokyo 2023 di Jepun.

Difahamkan, sekiranya animasi tempatan itu dapat kekal di carta pertama, ia bakal memenangi anugerah kategori Anime Fan Award dalam Festival Anugerah Anime tersebut.

Menerusi skor undian yang diperolehi buat masa ini memaparkan Mechamato mendahului pesaing terdekat, Uto no Prince-sama Maji Love Starish Tours dengan jurang yang besar.

Bagaimanapun, jumlah undian masih belum didedahkan ekoran proses undian masih belum muktamad.

Untuk makluman, daripada 412 filem animasi yang ditayangkan dari 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2022, sebanyak 100 animasi terbaik layak bertanding dalam anugerah ini.

Tambahan lagi, animasi tempatan itu berjaya meletakkan diri dalam 50 animasi pilihan peminat sehingga kini. Proses pengundian masih berlangsung sehingga sekarang dan bakal ditutup pada 3 Februari 2023.

Sementara itu, pengarahnya, Nizam Abdul Razak dalam satu kenyataan turut berkongsi berita gembira tersebut di Facebooknya.

“Wow terima kasih! Mechamato dari #8 terus #1 untuk Anime Fan Award #TAAF2023. Voting masih berlangsung sehingga bulan Feb.

“Anda boleh vote sehari sekali bagi mengekalkan Mechamato di tempat pertama. Mari cipta sejarah AniMY menang #1 di Tokyo Anime Award Festival! Ayuh share sebarkan!” katanya.

Bagi mereka yang masih belum mengundi boleh membuat undian di sini.

Terdahulu, Siri animasi tersebut telah berjaya menempatkan diri dalam undian di kedudukan ke-8 daripada 100 karya anime untuk Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

Sumber: Tokyo Anime Award Festival 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?