Siakap Keli
undi mechamato
Gambar: cinema.com/my/Nizam Abd Razak

Anugerah Anime Tokyo: Mechamato Kini No.8 Daripada 100 Anime, Ini Cara Untuk Undi

Tahukah anda, Mechamato kini sedang menduduki tempat kelapan dalam Festival Anugerah Anime Tokyo 2023 dan ia perlu undi anda semua.

Siri animasi terkenal, Mechamato yang diterbitkan oleh Animonsta Studios telah mendapat undian kedudukan ke-8 daripada 100 karya anime untuk Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

Pengarah animasi tempatan ini, Nizam Razak berkongsi di dalam laman Facebook miliknya Nizam Abdul Razak  tentang keputusan yang membanggakan itu.

“Membesar menonton anime, siapa sangka animasi Malaysia (aniMY) boleh masuk ke ranking Top 10 di Jepun! Terima kasih semua,” kongsinya.

Difahamkan, kedudukan animasi tersebut pada ketika ini telah melepasi dua animasi Jepun yang popular iaitu Demon Slayer dan Dragon Quest.

Untuk pengetahuan umum, undian ini masih dijalankan, jadi bersama-samalah kita mengundi satu-satunya siri animasi Malaysia yang berjaya bersaing di peringkat antarabangsa.

Di sini disertakan langkah-langkah untuk anda mengundi seperti yang dikongsikan oleh Nizam di Facebook.

Yang pertama, anda perlu masuk ke pautan ini https://best100.animefestival.jp

1.Tekan butang ‘投票’ di kanan atas

Cara Mengundi Mechamato
Gambar: Laman Tokyo Anime Award Festival

2. Kemudian, cari huruf Jepun ‘ま’

Cara Mengundi Mechamato
Gambar: Laman Tokyo Anime Award Festival

3. Cari nama メカアマト Mecha-Amato

Cara Mengundi Mechamato
Gambar: Laman Tokyo Anime Award Festival

4. Tekan butang ‘選択’

Cara mengundi Mechamato
Gambar: Laman Tokyo Anime Award Festival

5.Undian berjaya

Cara mengundi Mechamato
Gambar: Laman Tokyo Anime Award Festival

 

Sumber: Nizam Razak | Facebook

Florence Nuar